CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 28, 2011

nak cantik ? jom hee "

hye readers semua . okay kat sini saya nak kongsi tips2 KECANTIKAN sikit hee .
biasala perempuan mesti nak nampak cantik selalu kan ?
cuba cakap sape tak nak cantik :-) . hee .

kat sini ada beberapa tips nak bagi tahu , kalau sudi baca dan ikot yea
jangan risau , saya dapat pun dari SUMBER majalah , internet juga , saja nak share .

TONER


TONER atau PENYEGAR biasanya digunakan selepas kita cuci muka , tetapi ada kalanya penggunaan toner boleh membuatkan wajah kita menjadi kering , gatal , dan kemerahan , jadi , perlu ke kita pakai TONER ?

= Toner berfungsi menghapuskan sisa minyak dan pembersih muka yang tertinggal pada wajah selepas wajah kita cuci muka .

= Toner biasanya mengandungi sedikit alkohol sehingga meninggalkan efek menyegarkan pada kulit
= untuk kulit kering , toner tidak diperlukan
=untuk kulit berjerawat , menggunakan toner juga adakalanya mengakibatkan kulit menjadi merah dan gatal
=mentimun boleh di jadikan sebagai pengganti TONER semulajadi

PANTANG KAWAT GIGI


Pemakaian kawat gigi harus benar2 dijaga kebersihannya, Kerana jika gigi kita sering kotor maka kawat akan mengendur dan bahkan akan teretanggal ( eeyukk tak nak kan ? )

=Jangan memakan buah buahan yg keras dengan cara mengigitnya, sebaliknya potogng terlebih dahulu ,
=Membersih gigi sekerap mungkin dengan berus khas .
= Makanan yg berserat spt daging dan sayuran akan mudah terselit di celah2 gigi .
sebaliknya berhati hati ketika makan dan jgn lupa untuk membersihkannya segera okay ?

MANJAKAN MATA 


Lingkaran hitam pada mata disebabkan oleh byk perkara , terutamanya you all kurang tidur , byk membaca dan berada di depan komputer . menyegarkan mata adalah praktikal dan cepat utk mengatasi mata yg nmpk penat .ada beberapa pilihan yg boleh you all lakukan utk menyegarkan mata
ANTARANYA

= Tekapnya mata dengan teh uncang ( tea bag ) yang telah digunakan , selama lebih kurang 15 minit .
=Tekapkan dengan potongan mentimun selama 15 minit,
=Tekapkan tuala basah yang telah disejukkan di dalam peti sejuk ,
=Tekapkan potongan kentang yang sudah disejukkan seketika di dalam peti sejuk

ni la , 3 tips yang dapat di kongsikan . nanti tunggu sambungan ya :)

sekian terima kasih :)

info tambahan ( yang selalu saya buat )

GUNAKAN SPAN COMPACT POWDER ANDA , basuh DULU OKAY .
KERINGKAN . LEPAS TUH , CELUPKAN KE DALAM AIR SEJUK , AIR DALAM PETI AIS TAU , LEPAS TUH TEKAP KAN PADA BAWAH MATA YANG SEMBAB . NANTI DEA  AKAN JADI TEGANG SEMULA , TAK CAYA ? CUBA LA . SESUAI UNTUK MATA SEDERHANA ^^, KALAU MATA BULAT , TAK BERAPA JADI , SAYA BULAT SUSAH NAK JADI , ADIK SAYA BOLEH , OKAY , SELAMAT MENCUBA :)

mengata ? marah atau diam ?

hye readers semua . 
okay tanpa nak lengah lengah masa dengan isi yang tak penting
entri saya yang tertera di atas MENGATA ? MARAH ATAU DIAM ? 

kalau korang ? orang mengata . mesti marah kan ? ada tak yang diam ?
ada juga . semua orang berbeza caranya , kalau saya 

ada kala nya MARAH . ada kala nya DIAM . tapi tahap kesabaran setiap insan ada hadnya kan ?
setakat ni saya masih berdiam , memang nak marah , mengata . menuduh tanpa bukti , dan tak tahu kesahihan cerita tuh , GERAM sangat orang buat macam tuh kan .
tapi apa yang kita patut buat , selalu lah BERDOA PADA ALLAH S.W.T . supaya lembutkan hati si pengata tuh , agar dia SEDAR , insaf . betul tak ?

kalau dia tak sedar sedar , tak insaf , tuh diri dia la , sebaik baiknya kita MEMAAFKAN kan ?
tapi saya lah , maaf cakap kat sini . memang SUSAH maafkan orang . kalau kesalahan itu BESAR ,
tapi yang kecil2 mungkin ya. kita insan BIASA tak terlepas dari melakukan kesalahan kan ?

semua atas kita . untuk menilai . dan mempertahankan diri . keluarga dan orang yang kita SAYANG . 

sekian . itu sahaja untuk saat ni . hee

TERIMA KASIH SUDI BACA DAN JADI FOLLOWER SAYA 

LOVE YOU !! <3 <3 

ASSALAMUALAIKUM . 


cinta ? dia sayang kita tak ?

assalamualaikum . hye readers semua . okay title saya cinta ? dia sayang kita tak ?

nak tahu dea CINTA dan SAYANG kita ? haa . macam mana yea .
macam ni :)


  1. Dia terlalu kuat mencintai kita :-) . ( kalau dea selalu tanya pasal kita dengan ikhlas , kompem dea mmg syg kita ) tak caya ? depends ^^,
  2. Selalu berhubunng dengan kita . ( means , CALL , at least MSG :) ) . 
  3. Dia mengambil berat perihal kita ( kita sakit ke , apa ke . dea nak sangat ambil tahu , sah sah dia memang cintakan kita ) :)
  4. Dia sanggup berkorban dan meluangkan masa untuk kita walaupun dalam keadaan terlalu sibuk sangat
5)  Dia cemburu bila kita bersama insan 


6)  Jiwanya meronta-ronta bila tidak dapat bertemu kita


7)  Hatinya gembira bila dapat berhubung atau bertemu dengan kita

8 )  Dia tidak menyakiti hati kita sebaliknya menyayangi kita dan menjaga hati kita sebaik mungkin.

9)  Memberi hadiah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang

10) Mudah tersinggung dan merajuk bila kita tidak menurutkan kemahuannya

11)  Susah untuknya berenggang dengan kita kerana cepat rindu. Jika terpaksa berjauhan, kerap 
dia menghubungi kita sampai sehari beberapa kali bertanya khabar dan ingin mendengar suara

12) Tidak kisah perbezaan umur.

13) Sukar untuknya memarahi kita kecuali jika kita curang, berbohong dan keterlaluan

14) Dia tidak peduli apa orang kata mengenai dirinya menyintai kita yang penting asalkan jiwanya bahagia dengan kita.


KALAU SEMUA NI , ada :) insyaALLAH . dia benar benar sayang dan cintakan kita . ^^.

Friday, December 23, 2011

terima kasih , thanks , gracias hee"

assalamualaikum semua .
tak mahu cakap panjang panjang :) , sebab tengok la title tuh :P

TERIMA KASIH , haa , nak ucap kan terima kasih dekat SCHA , iaitu kawan kepada adik saya ARA :) .
sebab sudi buatkan HEADER , untuk saya , sebab saya tak pandai lagi nak buat HEADER ni hee " maklum la , baru nak belajar . blog pon tungang langang lagi , takde sape minat nak membacanya kan hehehhe

okay , ni dea link blog si cantik , si comel yang buat HEADER saya :)
http://schasimurai.blogspot.com/2011/12/malam-atau-siang.html

sangat comel blog dea , silalah usha2 . survey2 okay :)

kalau sudi , silalah juga follow my blog , i will follow u back , tinggalkan link anda kat komen , or dekat fb saya ^^,
sekian terima kasih :)


Thursday, December 15, 2011

kuasa seorang wanita

assalamualaikum semua , selamat malam . ( cepatnya dah malam hee ) alhamdulillah , kita di panjangkan umur lagi untuk bersua , bergembira . amin . :) . kat sini esya nak kongsi sikit , berkenaan dengan WANITA , PEREMPUAN , GADIS , dan semua nya lah :) . iaitu KUASA . kuasa seorang wanita . wanita adalah insan yang mulia dan disayangi ALLAH S.W.T . , wanita adalah sebaik baik ciptaan , sebagai BUNGA menghiasi HATI sang jejaka , kerana , bak kata PUJANGGA , wanita ibarat TULANG BELAKANG kepada lelaki kan ? :) yaaa . memang betul , tanpa wanita kita tak kan ada hari ini :) , berterima kasih lah pada wanita yang bernama IBU :) . okay berbalik pada topik tadi , sekarang esya nak terangkan satu persatu mengenai tajuk yang tertulis di atas ,

selamat membaca ^^,

kehebatan perempuan dalam PUJUK RAYU , tidak dapat disangkal lagi.tidak ada perempua yg tidak mahir dlm seni ini , betul kan ? hee " . Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu utk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya .


beberapa contoh wanita yg menjadi kekuatan kpd kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dlm menegakkan kebenaran dan kekuatan agama ISLAM :



  1. NABI MUHAMMAD SAW . dan SITI KHADIJAH serta isteri isteri baginda yang lain
  2. NABI AYUB dan SITI RAHMAN
  3. NABI IBRAHIM dan SITI SARAH serta SITI HAJAR
  4. Dan banyak contoh lagi orang2 muslim yang lain .


KUASA KEJELITAAN WANITA


ini selalu dijadikan ASPEK yang sangat penting , dan menjadikan seseorang itu akan lebih menyayangi seorang wanita itu , selagu tidak menyalahi hukum dan menutup aurat . kan ?


kajelitaan mampu menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yg terarah melakukan perkara2 yg tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yg ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yg tinggi terhadap ALLAH S.W.T  di mana seorang isteri boleh menpengaruhi suami dalam hal hal yang diredhai ALLAH 


KUASA LAYANAN WANITA


kaum lelaki mudah goyah dan alah dgn layanan yg baik , apa lagi dari perempuan yg sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.


layanan ygbaik yg disalurkan kpd orang yang berhak menerimanya , bukan sahaja  mendatangkan keredhaan ALLAH tetapi memungkinkan apa yg diminta akan dipenuhi dgn mudah ,


KUASA DOA WANITA


Doa perempuan lebih mekbuk dari lelaki kerana sifat penyayang lebih kuat dari lelaki . sebagaimana hadis RASULULLAH S.A.W


"DOA IBU LEBIH CEPAT MAKBUL "


oranf bertanya : "kenapa ya RASULULLAH ?"


jawab BAGINDA : "ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yg penyayang tidak akn di sia sia kan .


itulah serba sedikit yang dapat esya kongsikan dengan kamu semua ,


harap boleh menjadi santapan rohani , dan di jadikan teladan , atau kaum wanita sendiri , boleh mengamalkan sikap2 ini :) insyaALLAH , dengan izinNya,amin .




WANITA PENYAYANG DISAYANNGI OLEH SEMUA :)
, apa lagi , jadikanlah dirimu sebagai seorang yang prihatin dan sayang sesama insan :) 


sampai di sini sahaja kita .
k . assalamualaikum 


TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KE SINI :)







 :)




^^,









Wednesday, December 14, 2011

TIP ATASI KULIT TERBAKAR MATAHARI

assalamualaikum . hai semua :) . sehat ? lama juga esya tak update , maklum la takde masa ( eleh konon jea)

^^, selamat bercuti pada adik adik semua :P , padahal nak habes cuti da kan ? adik adik esya tinggal dua orang lagi yang bersekolah , so dowang jadi haru biru dan tension  sikit sebab nak bukak sekolah da :) ,haisshhh macam macam . berbalik pada topik esya . TIP ATASI KULIT TERBAKAR MATAHARI .
esya dapat pun dari sumber PEMBACAAN , so nak kongsi kongsi dengan kamu semua :)
okay lets start hee " nak cakap orang putih tonggang langgang LAGI hahaha .

. Menghabiskan waktu percutian di pantai sememangnya saat yang sangat mengembirakan , ialah , dapat tengok keindahan alam , laut yang terbentang luas , luas saujana memandang :) , namun RISIKOnya kulit mudah terbakar , gelap dan kusam . kan ? bagaimana cara mengatasinya ?
okay jom !


  1. Perbanyakan makan ikan SALMON dan SAYURAN hijau seperti BAYAM. Lemak baik yang terkandung dalam salmon boleh membuatkan sel kulit yang terbakar bertindak aktif akan begitu juga dengan sayuran 
  2. Pakailah PELEMBAB KULIT atau LOSEN BADAN untuk mengembalikan kulit kepada situasi asal .
  3. Mengambil VITAMIN Cdan E secara rutin untuk mengembalikan kecantikan kulit        



PAKAI SUN BLOCK TAU ! 
hehehehe . 

salam sayang.
sekian ~ 


Saturday, November 26, 2011

cinta fitri 5 SS romantis


haaa ni salah satu yang esya nak share , korang tengok betapa MESRA nya , eiii jeles betul , kalau boleh cepat cepat lah diaorang cepat kahwin kan ? memang best la , sebelum shireen bercinta dengan wisnu ni , dea bercinta dengan adly fairuz , berlakon dalam cinta fitri jugak , lama jugak percintaan dorang , tapi dah putus . now shireen dengan wisnu , fanatik fans dorang panggil dorang WISH :) WISH mean ( wisnushireen) sweet kan ? alahai aku lak lebih lebih , apa apa pun layannn aje :-)
terima kasih . ^^,

Teuku Wisnu & Shireen Sungkar-Cinta Kita



aku minat sangat sangat dengan pasangan CINTA dari INDONESIA ni teuku wisnu & shireen sungkar , sweet sangat tau . mula mula kenal dorang dalam cerita CINTA FITRI , start dari situ aku mula "JATUH CINTA" dengan cerita n kisah cinta meraka , peerhhh , jeles , kalau tengok :P . ni lagu single dorang tajuk CINTA KITA , best kalau layan , & kalau korang nak tengok kemesraan cinta dorang ley search kat YOUTUBE :) . selamat melayan :-)

ku tetap menanti ? ? ?

selamat pagi "buta" semua huhu . haiiyaaa , tak dapat tidur lagi malam ni . hmm apa lagi melayan facebook dan blog la . ( alahai tuh pun nak cerita kan ? ) apa apa je la :P

malam malam macam ni , best layan lagu balad , slow kan ? tiba tiba pula esya teringat lagu NIKITA WILLY yang tajuk lagu dia KUTETAP MENANTI , macam yang ada kat entri atas tuh hee"

best la lirik , melodi dia , :) buatkan esya sedikit mengantuk . thanks NIKITA hahaha :-)

kalau ada yang tak pernah dengar lagi ni link you tube untuk korang dengar . :)
takpun , lagu tuh dah jadi lagu "BLOG ESYA NI " hehe ,
best kan layan ? sapa tak tahu nak layan tuh , tak tahu laa ( haishh jangan main pangkah orang tak baik hee ^^)

tuh je nak share , sebab lagu ni syokkk bangett lorrr :P .
selamat melayan okay ^^,

link YOUTUBE ===> NIKITA WILLY - KU TETAP MENANTI .
http://www.youtube.com/watch?v=_GeMDx0S1xM

sekian terima kasih :-)

ini dia si comel .

nikita willy
sumber dari 
GOOGLE 

^^,

Thursday, November 17, 2011

8 adat dalam bercinta

hai hai , hola hola ^^, salam jumaat >>>>>>> ASSALAMUALAIKUM .
hai semua , apa khabar ?
sebenarnya hari ni nak marah aje kerja saya , tapi hari ni ari baik , jadi simpan marah ni . esok esok pulak hehehe . kat sini esya nak kongsi sikit la tips "CINTA" ramai memang suka kalau TIPS cintan cintun ni kan? :P
bukan lah semua , segelintir kan? hehe . okay tengok tajuk kat atas tuh . "8 adat dalam bercinta "
 kan? ni semua esya tulis kat sini , esya dapat info semua dari pembacaan , saja nak kongsi2 :)

okay kita mula yea


  1. CEMBURU - cemburu itu tandanya sayang ,jadi bukan satu yang luar biasa kan ? biasalah dalam bercinta wujudnya perasaan CEMBURU . ( rilex ok , jangan sampai cemburu buta ) 
  2. BERSELIDIH FAHAM- sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula pasangan bercinta , adakalanya perselisihan lah cara kita untuk lebih mengenali pasangan kita . :)
  3. PERASAAN BOSAN - lama bercinta perasaan bosan itu pasti akan wujud dan kerana itulah perlunya ada variasi dalam perhubungan agar hubungan tidak cepat bosan .
  4. HALANGAN & DUGAAN -dalam bercinta kalau takde halangan dan dugaan bukanlah cinta namanya , jadi jangan takut pada cabaran kerana itu adalah adat dalam bercinta .
  5. MASALAH MENCARI KESERASIAN- di besarkan dalam dunia yang berbeza jadi sudah tentulah sukar untuk mencari keserasian, Jadi adatlah dalam bercinta apabila berhadapan dengan masalah apabila mencari keserasia .
  6. KEHADIRAN ORANG KETIGA - haaa ni paling esya tak suka ( aikk lelebih pulok) hehe . adatlah apabila orang bercinta , akan hadirnya orang ketiga , semua ini adalah dugaan dan kerana itulah perlunya kekuatan untuk melawan kehadiran orang ketiga ini.
  7. SETIAP SAAT PERLU DI LAPORKAN - apabila bercinta setiap saat di rasakan sangat penting dan kerana itulah jika berjauhan sekalipun kamu perlu melaporkan pada si dia apa yang kamu lakukan .
8.BERKONGSI- orang yang di lamun cinta akan berkongsi semuanya bukan sahaja waktu senang malah waktu susah juga. jadi jangan peliklah kalau perkongsian merupakan salah satu adat bercinta . :)

haaa tuhla serba sedikit yang esya nak kongsi kan , ada 8 tau , kena lah tahu , kadang kadang ada yang sama , kadang kadang tak :) . jadi apa apa pun , terpulang pada individu nak CORAK kan hubungan kamu okay ?

sekian terima kasih sudi membaca :)


Tuesday, November 15, 2011

info info yang anda tak tahu ( trivia )

assalamualaikum semua , selamat pagi . sekarang pukul 10.59 a.m waktu esya menulis :P huuu"
semua dah sarapan ? kalau dah bagus la , kalau belum , cepat cepat pergi makan okay ? nanti masuk angin pula perut tuh , takpun akan menghidapi "GASTRIK" macam esya ni , ayoyo pedihh woo hehehe
okay now , esya nak bagi tahu sikit info or (TRIVIA) yang esya pernah baca , sedikit sebanyak kita boleh tahu kan ? okay jomm

^^,


  1. OTAK manusia akan rosak JIKA suhu BADAN meningkat melebihi 41 darjah celsius ? ( esya pernah 43 tau masa demam dulu , ( tak tahu la tuh , kena tanya kepada doktor kalau nak tahu pengesahan nye tau )
  2. Setiap 1 sm persegi KULIT MANUSIA , mengandungi pembuluh darah yang mempunyai kepanjangan hampir 7 meter ? ( esya pun tak berapa pasti , baca aje hehehe )
  3. Najis seekor ayam dalam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup ,menyalakan sebiji lampu berkuasa 100 watt selama lima jam ( wow ! yeke ? tak sure lah hehe )
  4. Menurut kajian , secara purata kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam untuk bercakap .
  5. Jika anda MENJERIT selama 8 tahun . 7 bulan , dan 6 hari,anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi ( wahhh , kalau macam ni , jimat huhu)
  6. Usus kecil seseorang menusia jika dileraikan , panajangnya boleh menjangkau sehingga 4 atau 5 kali ganda ketingian orang itu . 
  7. semut mampu menampung 50 kali berat tubuhnya ( wow! cayalah! hehe )
  8. Lidah ZIRAFAH panjangnya sekitar 50cm ( woooowww!!!)
  9. Seorang lelaki mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil berbanding wanita .
10.Pada tahun 1933,watak ANIMASI MICKEY MOUSE menerima 800,000 surat dari peminat .


itulah serba sedikit yang esya boleh kongsi kan , esya dapat semua ni melalui pembaca MAJALAH REMAJA yang lepas , majalah tuh , banyak bagi info berguna tau . :)

terima kasih sudi membaca ,. nanti kita sambung lagi okay :)

adios ~
assalamualaikum 


from my lovely tedyy 
bucukbanga nama nye 
hehehe





puisi cinta saya

kira malam ku terbayang wajahmu
dalam diriku merasai sangat rindu
tika malam syahdu
ku dengarkan lagu merdu
ku terdengar bisikan suaramu
memanggilku
seperti selalu

aku merinduimu,
setiap saat aku menunggu
tanpa jemu
menunggu kau hadir 
menyeri hidupku

sehari tanpa suara mu
kurasa pilu
cuba untuk menahan sebak sendu
tapi tidak terdaya kerana
badai menerpa hatiku
setiap masa ku menunggumu

tak pernah sekalipun 
aku cuba untuk berpaling kasih
kerana sering rindu bertandang di kalbu.

#hanyaakucintakauseorang

M.S.A



saya suka makan , KFC , PIZZA & MCD huhu

assalamualaikum, hai semua :) . selamat malam , jam menanda kan pukul 7.50 pm kat lappy esya ni .
haaa tengok tajuk pun dah tahu , pasal "MAKAN" esya tahu semua suka makan kan ? hee"
kali ni esya nak cerita pasal MAKANAN RINGAN huhu , semua suka kan ? pasal makanan kegemaran , boleh di katakan semua orang iaitu "KFC , PIZZA HUT & MCD :)

esya memang suka sangat sangat makan :P hehe"
faveret :D lagipun sedap huu" tapi harus waspada makan ni tau . banyak kolestrol , kalori , hati hati , sekali sekala takpe :)

haa apa faveret korang bila makan "KFC"? kalau esya "CHEESY WEDGES" lahh huhu sedap kan ? sampai menjilat jari "TANGAN" hee "

kalau pizza , mesti la "PIZZA" nya , lagi lagi chicken sumpreme , banyak banyak chesse lagi beet hehe :) .

MCD , terkenal dengan " BURGER" nya kan ? memang terbaik la suka suka hee "


ni esya nak share gambar gambar makanan kegemaran esya hehehe


kfc huhu yummy :)



pizza aaauuummm hehehe 




sedapppnyeee heehe 




MCD lorrr hee"



my feveret chessy wedges yummmyyy!! hehe



tulah makanan nya sedap kan ? makan tuh boleh tapi jangan selalu , nnt boleh "GEMUK" heheh
apa apa pun , selamat menjamu selera wahai ahli "BLOGGER" 

^^,

ADIOSSS . 




Monday, November 14, 2011

tahukah kamu!!? lelaki & bulan kelahirannya

hai semua selamat pagi , jam dekat lappy esya menandakan 11.06am :) huuuu"
apa khabar ? sehat ke tak ? harap harap semua sehat yea ^^,

ni esya nak kongsi tentang "ZODIAK" hehe , terumanya untuk "LELAKI" :) saja saja nak share apa yang 
esya tahu .

okay jom :-)


JANUARI
: mudah jatuh cinta: 
"wow! senang eyh jatuh cinta eyh korang huhu"


FEBUARI
:bercita cita tinggi untuk mengejar mimpi:
"wahh bagus bagus :) teruskan usaha ok?"

MAC
"soal setia dialah juara"
"untungnya dapat lelaki lahir bulan "mac" ni setia tuhh"

APRIL 
:tidak pernah menghampakan:
"untunglah dia tak hampakan korang :p"

MEI
:suka merancang dan mengatur kehidupan kekasih:
"ooppsss fikir lah sendiri yaaa"

JUN
:seleranya tinggi:
"haaa mesti nak yang "HOTSTUFF" ni huhu"

JULAI
:pendengar yang baik:
"suka suka :)"

OGOS
:bijak dan menyenangkan:
"wah2 , bagus hehehe "

SEPTEMBER
:bukan sebarangan memilih wanita:
"owww sukanya huhuhu"

OKTOBER 
:mempunyai bakat menjadi ahli nujum:
"ohhyeke ? bahaya jugak ni huhu"

NOVEMBER
: sentiasa bersemangat:
"baguslah kalau ada sikap macam ni hee"

DISEMBER 
:pandai menghiburkan orang orang di sekelilingnya:
"suka orang pandai buat lawak la huhu"




haaa . tuh semua makna makna ZODIAK :) khas untuk lelaki tau ,
tapi kalau perempuan nak jugak boleh la , tapi MAIN lelaki okay :)
itu jelah esya nak share kat korang untuk saat ni hheehehe
tengok saat lain pula yeaa

okay .
salam
daaaa ~ 



Friday, November 11, 2011

info berguna . ( TUMIT PECAH ? )

haaa , tengok tajuk dah tahu kan ? tapi mesti tertanya tanya kenapa ? mengapa kan ? :-)
ni nak bagi tahu ni , bak kata orang putih "SHARING IS CARING KAN?" hehe .
tumit pecah , cegah sebelum terlambat okay?

besar punya esya bagi . ^^ huhu okay okay . lets starh dear . terutamanya perempuan la kan ?



  1. kasut : beli kasut mesti kena dengan kaki ( maksudnya beli yang sesuai dengan saiz kaki kamu okay ? kasut terlebih kecik ke , terlebih besar ke akan membuatkan kulit kaki melecet serta mudah pecah 
  2. Gunakan kasut secara bertukar - ganti : pastikan setiap hari kamu pakai kasut berlainan ok ? kalau guna kasut yang sama , boleh menyebabkan lapisan kulit kaki kamu pecah pecah ( tak cantik lah kan ) si jaga kaki okay ^^, . okay contoh , bila hari ni korg pakai kasut tumit tinggi seharian . maka keesokan harinya adalah lebih baik korg pakai kasut dengan permukaan rata :) 
  3. Selamat tinggal daki ! : haaa . rajin rajinlah korang melakukan pengelupasan daki pada kaki korang :) . gunakan batu sungai untuk menggosok kaki. Gosok dengan gerakan memutar dan membentuk lingkaran kecil pada kulit kaki terutamanya pada tumit . kemudian jangan lupa untuk menyapukan losen bagi menghalus kan lagi kulit kaki , jika lakukan sebagai rutin , maka kulit kaki korang akan menjadi lebih lembut dan cantik :-) 


kaki adalah antara bahagian sering diabaikan penjagaanya ,jadi buat si gadis di luar sana segeralah mengambil langkah berikut sekiranya tidak ingin kaki korang menjadi tempat tinggal kulat dan sebagainya ! 

^^, 

hari first kerja 11,11,11

assalamualaikum . hai semua pembaca , or blogger sekalian , selamat malam+pagi ^^,
okay , masa esya tulis ni , dah 12.12.2011 dah heheehe . but nak cerita pasal 11.11.11 . haa . ramai sangat kan update status kat FACEBOOK ,TWEETER dan banyak lagi la , pasal 11.11.11 ni . apa yang istimewa eyh ? hehe . terpulang pada individu itu sendiri , apa apa pun hak diorang la nak cakap apa yang penting "KITA buat HAL KITA SAHAJA" dah cukup kan ? hehehehe

kat sini nak cerita pasal hari first kerja ^^, . saja cari pengalaman :-) . kedai or gerai la di panggil :P
ICE BLENDED + WAFFLE :) . haaa . kerja ni esya & my lovely adik yang kerja . esya MAIN waffle . eka pulak MAIN ice ^^, so bahagi kerja senang ^^, . letih + okay jugak la kerja tuh . tapi best jugak la . dapat "PITIH" hohoho . yelah . apa apa pun pengalaman kan ? macam macam dah pernah try kerja . jadi macam LIFE jugak , cuma banyak kali "FAILED" HAHAHA :p paham paham la kan ?

"TOKEY"  baik , okay , sporting ^^, senang bagi tunjuk ajar , ALHAMDULLILAH . bersyukur :)
tapi tuhla , kerja ni mungkin tak lama . dalam sebulan , lepas ni nak sambung belajar pulak tak pun kerja luar area " PAHANG"  move moving :P ( PEROSAK BAHASA BETUL AKU NI} HUHU
apa apa pun , experience is the best life ^^, wah wah ,bila pulak aku ada prinsip sendiri ni HUAHUA .

apa apa pun buat semua , kerjaSAMBILAN ni tak salah , kalau kita boleh bahagi waktu ( PADA YANG TENGAH SEKOLAH )
kalau yang TENGAH BELAJAR KAT UNIVERSITI pulak , pandai pandai la buat jadual ^^,
biasa buat kerja "part time" ni nak tambah duit poket kan ? nak jugak "SHOPPING" guna "PITIH DIRI DOP?" heheheh .

motifnya . hari ni . penat + letih ( aikkk sama lah tuh ) huhu

tapi mata tak mau lelap lelap jugak ( apa daaa ) HAHA

okay lah , sampai sini dulu :-) thanks sudi baca benda mengarut ni *&^%$#@! hehehe

pecah kaca
pecah gelas
sudah baca
harap balas ( fulamak teringat patun time cinta monyet dulu ) HAHAHAHA

k ASSALAMUALAIKUM .

Wednesday, November 09, 2011

orang kata

orang selalu suka salah kan orang lain ? macam pepatah . "kuman diseberang laut nampak gajah di depan mata tak nampak" macam tu la orang yang aku kenal . nak cerita pasal sakit hati nya . ALLAH sahaja yang tahu . walaupun semua penting kan darjat . tapi tetap HAMBA ALLAH juga . bukan nak mengutuk . cuma sakit hati .bila asyik di tindas . macam tak de benda lain ke nak buat , dari DENGKI KAN ORANG ? tak paham aku . hmm . apa apa pun semua kuasa ALLAH . yang baik dariNya . yang jahat dari DIRI SENDIRI kan ? so , sebagai sesama manusia . harus lah ada sikap hormat menghormati . ni tak . aduyai . tak tahu nak cakap macam mana . malas nak kutuk kutuk . tapi tahla . luahan rasa . sapa yang tahu , hanya kita . bukan UMUM . tapi segelintir yang tak tahu hargai orang lain , sedangkan orang tu tak pernah susah kan hidup dia pun , dia yang susah kan . HIDUP dia sendiri ( SENDIRI MAHU INGAT LA DEII )

#marah
#geram
#sakit hati !

malam cinta

                    
kira malam ku sayu
diselubungi angin malam yang mendingin
membaluti tubuh yang kian kaku
terasa hembusan bayu
menyingsin di pipi
aku terasa embun cinta
meresap ke jiwa
membawa aku pada lena asmaranu

malam cinta....
mewarnai hidupku 
yang kian malap
kian pudar warna indah
aku sedih pabila tiada sesiapa disisi
aku cuba untuk kuat
kuat menjadi insan yang hebat

malam cinta...
aku berjumpa dengan sang putera
yang sangat mulia bertutur berbicara
santun luhur nya tak terkata
sangat mengoda 
menasihatiku pabila ku lemah
longlai tanpa kata

air mata yang jatuh 
di sapu dengan kata kata
semangat
membangkit kan aku
untuk lebih kuat
aku bertuah mengenalinya
pada malam cinta


 nukilan ameenatulaeesya 


achik dan nana

assalamualaikum semua . selamat petang :) . jam sekarang menanda kan telah masuk pukul 5.23 p.m jam lappy saya la ^^, harap harap semua sehat yea
kalau tak sehat tuh jangan lupa pulak makan ubat eyh
jangan malas malas makan ubat nanti lambat sembuh . :)
itulah pesanan saya ^^,

cerita pasal ENTRI saya ni . tiba tiba pulak teringat artis kesayangan saya yang telah kembali ke rahmatullah pada 17.4.2010 dahulu , iaitu ARWAN ACHIK SPIN . suka sangat sangat dengan arwah , beliau tiada galang gantinya . semua lagu lagu arwah sentiasa terpahat dalam ingatan .
sama juga dengan pasangan duet nya , yang tak asing lagi kalau bukan akak "SITI NORDIANA" memang sinonim kan ? kalau arwah nak ber"DUET" mesti dengan NANA ^^, kombinasi yang paling saya suka sangat sangat . tapi . semua tuh dah 'TIADA" cuma semangat dan kenangan yang di tinggalkan .

AL FATIHAH untuk arwah ACHIK .


lagu lagu kesukaan saya banyak . tapi yang paling tak boleh lupa , dan miss . mesti lagu



  1. UTUSAN RINDU
  2. DIMANA JANJIMU DULU
  3. MENGUSUNG RINDU
  4. KEMARAU MELANDA RINDU 
  5. JANJI KITA   

tu lagu paling minat gila gila la . tapi lagu lain TERBAIK juga ^^,

KALAU LAGU DUET pula 

  1. MEMORI BERKASIH
  2. BENANG EMAS 
  3. RESEPI BERKASIH
  4. GURAUAN BERKASIH
  5. CINTA SEBENAR CINTA
  6. SETIA MENANTI
  7. TATASURIA 
  8. ADAT BERKASIH
BANYAK lagi . tapi tu je la nak share , :) hee"

diorang menjadi sumber inspirasi saya , kira idola dalam "BIDANG SENI" selain daripada artis lain , kerana saya tahu diaorang memang serba boleh . suara yang lunak merdu , tiada siapa dapat "LAWAN" cehhwah
JANGAN MARAH TAU YANG LAIN  HEE"

apa apa pun . KAU LAH BINTANG KU . 

ABDILLAH MURAD ( ACHIK SPIN ) & SITI NORDIANA ( NANA)


tu jela . lain kali , sambung dengan ENTRI yang lain pula okay ? 
thanyouuu sudi MEMBACA




             

adios :) ASSALAMUALAIKUM . 

Thursday, November 03, 2011

berjaya times square hee" + theme park .

assalamualaikum semua . hai hai . selamat malam , eh eh , dah pagi la . now jam suda pukul 2.48 am lor hehhee . ( 4.11.2011) . adakah semua sudah tidur ?  lama tak post kan ? saja saja nak update . tiba tiba esya nak share pengalaman dan dalam masa yang sama nak 'promot' lah hehehe . apa yang tertera pada tajuk , entri , title di atsa tuh hehehehe .

                                      "BERJAYA TIMES SQUARE KUALA LUMPUR"
                                                               THEME PARK
dengar pun macam best kan ? ^^, memang best pun , kalau yang duduk KL . mesti lah tahu kan ? tapi yang pasti semua orang dah tahu hehe , kalau yang tak tahu lagi , ni yang esya nak share dengan kamu semua :) . "KESERONOKAN" bila berada dalam TAMAN TEMA YANG BERKONSEPKAN ALAM FANTASI ni . mesti kamu semua sangat sangat teruja . kalau kanak kanak lagi la kan , dengan WARNA WARNI nya . fuhhh .memang rasa tak nak balik hee" .

theme park ini . menyediakan PELBAGAI PERMAINAN yang akan membuatkan anda semua tak kan jemu :) .

sesuai juga di buat sebagai LOKASI ' LEPAK ' korang hehe . taman tema ini berkeluasan 133,000 kaki persegi tau ! besar kan ? luas lagi tuh . kalau jalan , mesti penat hehe , tapi penat boleh hilang dengan keseronokan hehehe .

di sini memampilkan 6 permainan HEBAT . dan juga menduga keberanian setiap pengunjung :) haaa suspen kan ? kalau yang tak cuba lagi , mesti cuba ! WAJIB !


  1. SUPERSONIC ODYSSEY
  2. DNA Mixer 
  3. SPINNING ORBIT
  4. OOORT'S EXPRESS
  5. SPACE ATTACK 
  6. DIZZY IZZY                                   
HAAA . dengar pun macam best kan ? hakikat nya memang best , :)
okay game SUPERSONIC ODYSSEY ni iaitu ROLLER COASTER , yang bergerak pantas mengelilingi segenap ruang taman tema ini . wooaaa . BEST KAN ? putaran yang laju . kalau yang rasa rasa BERANI , boleh cuba okay ? ^^,

dan kamu akan dapat rasai kuasa DNA mixer , mesti tak kan dapat lupa kan lah TERBAAEKKK 
!!!

nak la LAGI EXTREM ? boleh cuba SPINNING ORBIT , yang akan membawa anda naik setinggi 30 meter ke udara kemudian berpusing terbalik dan pastinya memang BEST :) 

OOORT'S EXPRESS 
pula , ia berputar sehingga kamu semua berpaut erat antara satu sama lain , cehwaahh . 

SPACE ATTACK . pula akan membuatkan menjerit tanpa henti ;) woooaaa best hehe

DIZZY IZZY
memberikan erti sebenar mengapa anda datang ke theme park ini .

DI SINI SAYA SERTAKAN GAMBAR GAMBAR di dalam THEME PARK BERJAYA TIMES SQUARE ^^,

SELAMAT MEN"USHA"





tengok best kan ? hehehe .

sebenarnya ada lagi , tapi maaf , line tidak mengizinkan , dan mungkin saiz gambar saya tak melepasi syarat syarat blog hehehe . kalau tidak banyak lagi gambar yang saya akn tunjuk kan , contoh nya gambar SPINNING ORBIT , SPACE ATTACK dan semua la , maaf sangat sangat semua . kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah lawat sendiri WEB mereka , anda akan lebih tahu info info , harga masuk , dan pelbagai lagi 
sila klik di sini :)

berjaya times square theme park

selamat bercuti + melepak hehehe . 

Tuesday, October 04, 2011

my cutety bestie . luv youu hunny

assalamualaikum semua :) . haa , hari ni nak cite sal kawan esya ni . dea dari tuaran sabah . ^^, nama dia nur haslinda jumaidin . dia berusia 20 tahun , cute sangat , baik , peramah , happy go lucky :) , pandai amik hati . :) semua orang mesty suka dia , esya kenal dea pun kat FACEBOOK jea ^^, tapi cam da kenal kat lua yelah facebook ni kan , untuk kita LUAS kan pencarian kawan :) . bukan cari benda lain tau ingat tuh hehehe . saya nak cita , coz dea ni bagi esya sahabat yang sangat menyenangkan ^^, lin syg kamuu sgt2 bhaa :) . hehehe , nanti kita jumpa okay sankx :) hehehe , da macam kapel lak HAHAHA . 

ni pic dea , sangat2 comel kan ^^, 

haslinda 


haslinda ( lin )

 adnilsah ( haslinda)



cute kan dea :)


lin & her mummy ^^,


my cutety frenzzz ^^,


nur haslinda jumaidin 

apa apa pun kita tetap kawan ya hunn ! hehehe :)

sayank kam0o lebih :D



Sunday, October 02, 2011

compact powder hehe

assalamualaikum semua . sehat tak ? esya tak sehat laa , demam , batuk & selsema . harap korang jaga kesihatan okay ? haa . ni nak cite asal COMPACT POWDER atau dalam bahasa melayu "BEDAK KOMPAK " hasihh bahasa melayu ke ? toink toink heheh . esya ni tak lawa sangat , but natural is BEST right ? tapi esya ni tak kan kua uma takpa COMPACT POWDER & LIP GLOSS , anda pun kan? but yang memang sedia CUM MELECUN , takpela :) ape ape pun cantik AWAK pakai :) <3 . suka bermekup huhu , aku memang gila "MAKE UP" but tak la melampau , cuma memang tak boleh hidup tanpa BEDAK , LIPGLOSS , yang tu utama , second . MASKARA :) & yang terbaru baru belajar dari adik pakai "EYELINER" hehehe . bese lhaa , utama kan BEDAK je , tak la hirau yang lain huhuhu , poyo kan esya ni :P



cerita pasal COMPACT POWDER ni . now , esya guna MAYBELLINE . quiet nice , n i like it :) . lama jugak dah guna , but satu hal yang bikin esya nak try sesuatu , & esya jeles tengok kawan kawan pakai hehehe , iaitu MIYAMI COMPACT POWDER , nice , cute la diorang pakai , so tercari cari mana nak dapat , last2 tahu COSWAY ada hehehe ( suka gila!) hehehe . now have a COSWAY CARD , so easy la nak beli , kerana harganya agak mahal , biasa la kan , barang baik mesty mahal hehehe , just want to try , memang bedak now ok pakai , tapi bile pakai foundation , bila kena matahari , dia cair , & memang bertompok EEEEIIIIYUUUU . tak maw! TAK SUKA2 !!  heheh budak poyo kottt!! . but untill now i sayang MAYBELLINE ! <3 hehe jangan marah , sebagai pengguna pilih yang terbaik untuk diri kita kan ? haaa ni dia bedak yang esya guna sekarang , memang bagus :) . sape tak try lagy, boleh la jenguk jenguk kedai :)





maybelline :) clear smooth taw ^^,


and just want to try , different way to look gorgoues , cehwahh , padahal HAMPEH esya ni , dahla HODOH BANGA huhuhuhu



MIYAMI COMPACT POWDER 


haa ni lhaa , memang terbaaekkk :) . apa apa pun hak kita menilai , semua JENAMA adalah YANG TERBAIK . semua memang boleh dipakai , atas masing masing , dan ikut kulit , takut juga salah pilih , merana badan ,betul dakk ? hehehe . tuh jea nak share . becoz , nak luahkan perasaan , coz tengok gegurl out there ,very very cute ^^, 

take care your self yawww!!

adiosss

asslamualaikum

mekup ~mekup~mekup 

huhuuuhu


Monday, September 26, 2011

belajaR sTudy BeLajaR

salam , hye hye semua , bertemu lagyyy , xOxO... haaa , tengok kan tajuk tuh , belajar @ study  benda yang sama , cuma bahasa je lain ^^, . cite cite pasal study ni , rasa sedih pun ada jugak la . hmm kenapa ? nak tahu ?
yelah , kawan kawan semua dah masuk UNIVERSITI , saya je TAK .  hehehe , tapi dulu penah la , di sebabkan ada krisis , terpaksa lah . quit . :"( . but , ade peluang untuk sambung balik , insyaALLAH ada rezeki , now tengah usaha , apply . but bukan U lagi , just KEMAHIRAN je , tapi KEMAHIRAN ni bagus taw . :) sebab sekarang KEMAHIRAN orang guna kan berbanding FAKTA , praktikal lebih di perlukan , MAAF yea pada yang berkenaan , bukan tak bagus , tapi kita ada pilihan masing masing kan ? so JANGAN SENTAP . just pendapat saya sahaja . saya lebih cenderung kepada komputer :D .saya suka buad movie maker , macam macam . :P . kalau orang tanya KOS kemahiran apa yang saya apply saya jawab KEJURUTERAAN TEKNOLOGI KOMPUTER , dan TEKNOLOGI PERISIAN saya minat sangat sangat kos ni , tapi saya da tengok SILIBUS dea , agak SUSAH  lah . but nak SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH kan ? hehehe . apa apa pun kita kena usaha jugak , betul kan ? harap anda semua pun macam tuh jugak k :)


di sini ade contoh silibus TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM)




Teknologi Komputer (Sistem)
Pelajar yang mengikuti kursus in akan dapat mempelajari dan wajib trampil dalam lima tahap dan intership. Pada semester pertama dan kedua pelajar akan didedahkan dengan subjek-subjek asas seperti senarai di bawah. Pelajar juga akan diberi pengajaran mengenai subjek kejuruteraan iaitu Matematik, Sains Kejuruteraan Mekanikal, Sains Bahan dan Sains Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Sukatan Latihan ini adalah satu dokumen yang menggariskan perkara-perkara yang perlu diperolehi oleh seseorang graduan di dalam bidang kemahiran Teknologi Kejuruteraan Komputer (Computer Engineering Technology- CET), dan berkebolehan mengendali dan menjalankan latihan sebagai seorang pengajar yang mempunyai kefahaman ilmu Pedagogy dan Penyeliaan. Semua perkara yang terkandung di dalam Sukatan Latihan ini akan dinilai berasaskan ketrampilan Teknikal, Pedagogy dan Penyeliaan untuk memastikan setiap pelajar berkebolehan melakukan perkara-perkara berkenaan pada tahap yang boleh diterima. Ianya dirangka dari Tahap 1 hingga ke Tahap 4, bagi membolehkan pelajar dianugerahkan Diploma Pengajar Vokasional (Teknologi Kejuruteraan Komputer).

Pada semester terakhir pelajar akan mempelajari teknik pengajaran (Pedagogy Training) dan penyeliaan (Supervisory) dan pelajar akan menjalani Ujian Penilaian 'Internship' selama 3 bulan.

Teknologi Perisian Pengaturcaraan


Keterangan Kursus
  • Kursus ini menawarkan program sijil sepenuh masa dalam bidang komputer dengan pengkhususan dalam pengaturcaraan komputer. Buat permulaan para pelatih akan didedahkan dengan asas-asas komputer seperti perkakasan dan rangkaian komputer. Seterusnya pelatih akan dilatih untuk membangunkan sesuatu aplikasi menggunakan perisian pengaturcaraan. Para pelatih juga akan dilengkapkan dengan kemahiran asas multimedia dan pangkalan data. Selain daripada itu, pelatih juga akan ditekankan dengan kepentingan penjagaan & penyimpanan data dan juga pendedahan berkaitan pengurusan projek dan organisasi


    ni lah serba sedikit dapat share tentang kursus yang ade , dan keterangan dia :)


    so fikir fikir kan lah yea , untuk masa depan dan kejayaan anda dan saya juga :)

    assalamualaikum  adiosss ^^, 

Saturday, September 24, 2011

karipap ohh karipap

assalamualaikum semua warga bloggist :) . harap sehat semua nya ^^,

haaa tengok tiltle pun dah tahu kan esya nak cerita pasal apa , pasal KARIPAP  hehe , esya suka KARIPAP , korang ? karipap ni sedap , rasa dea peerrhh !! TERANGKAT wa cakap youu hhehehe . karipap ada macam macam jenis inti kan ? ada INTI KENTANG , INTI KELEDEK , INTI TELUR , INTI AYAM huhu , ada tak tahu kan ? ni nak kasi tahu la ni :P . tapi esya paling SUKA inti KENTANG + AYAM , fuuhhh!! rasa best gila , mak esya pandai buat karipap , tapi dea selalu buad karipap inti KELEDEK , tapi memang rasa terbaik la!! hehe , nak cuba ? boleh . tempah la huhu . :) ni haa rupa karipap , ada yang biasa , ada yang KARIPAP PUSING , ada jugak kan tak tahu nama KARIPAP PUSING , dea lebih ranggup :D HEHE , sedaappp wOo !!






sedap kan ? apa lagi g beli or buad la hehehe 

k assalamualaikum

^^, 

Friday, September 23, 2011

fesyen baju kurung 2011 ^^,

ramai perempuan sekarang tak berapa minat BAJU KURUNG kan ? biasa la CUACA sekarang & trend .
tapi bagi LELAKI , lebih meminati PEREMPUAN berbaju kurung kan ? katanya , LEBIH AYU . tapi tak semua yang tak suka , masih ada lagi , yang memakai nya sebagai baju "WAJIB" maksudnya , imej memang berbaju kurung , tak d nafikan memangA " AYU" :) . baju kurung ni ,adalah warisan MELAYU kita , jadi kalau     di abaikan rasa rasanya , takdelah ASET melayu kan . so nak naik kan lagi MINAT semua gadis gadis CANTIK di luar sana , sekarang banyak fesyen baju KURUNG MODEN , saja promot cikit :) , bagi orang lebih berminat mahu mengayakan PERSALINAN NI , tak kan masa RAYA , n MAJLIS MAJLIS je kan ? nak jugak tengok semua GADIS manis dengan pakain SOPAN :) . ( peringatan untuk saya juga) ^^,

contoh bayju kurung moden yang saya usha usha , & cantik :) suka suka








cantik kan REKAAN terbaru , kain lebih selesa :) , so apa lagi JOM KITA PAKAI baju KURUNG pulak , buad fesyen & trend kita GADIS2 :) . mesti yang COMEL , tambah lagi COMEL ^^,


SELAMAT MENCUBA .

ASSALAMUALAIKUM 



Wednesday, September 21, 2011

kPoP KOREAN ^^,

sebenarnya aku ni tak lah peminat fanatik KOREA , huhu . tapi ada salah seorang pelakon "hensem" ni menjadi kegilaan aku , dia popular berlakon cerita "PRINCESS HAOURS" hehe , mesti peminat KPOP tahu kan . aku layan macam gitu je lah . aku suka sebab dia CUTE giler hehe . 




ni lah gambar gambar dia cute kan hehehe :)




kim jeong hoon


kim jeong hoon 



kim jeong hoon 


  aww , buat aku jadi GILA seyh!!  hahaha 


dia berlakon ada sytle , best la tengok , tak kan jemu :) . heheehe . haa tu je lah cite tentang "KPOP" ni hehehe , aku tetap dengan artis MELAYU hehehe !!! 


k aDioS . SARANGHAE :P

dingin malam

malam ini , kurasakan suram . kedinginan menyelubungi diri , membalui tubuh yang kehangatan , terasa syahdu pabila malam melabuh kan tirai tiada lagi hilai tawa yang sering kali memecah sepi kesunyian , sering kali aku ingin kan keriuhan pekat malam . yang aku harapkan kegembiran yang selalu aku idamkan .


malam yang membuat ku rasa tidak lagi lena , kerana keheningan mencengkam, bagaikan penghalang masa tidurku . buaian lagu di malam syahdu tiada lagi kedengaran di cuping telinga dan tidak terfikir dek kotak minda 


sentiasa hati ini meraih kasih sayang . daripada insan tersayang , merindui setiap inci kehidupan yang pernah di tinggalkan tanpa rasa bersalah , kadang kala terasa keinsafan pada diri ini , yang sering terleka di buai dunia .


siapalah yang akan sedar bahawa diri ini melakukan kesalahan , pada zahir nya di lihat sempurna , tetapi batin nya tidak begitu.. mungkinkah ada jalan pulang untuk mengubah segalanya . ??





wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat