CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 15, 2012

hari RAYA menjelang tiba :) ku susun 10 jari harap di ampuni :")

Assalamualaikum semua :)

sehat ? emy harap semua sihat ;) . bulan ramadhan hampir ke punghujungnya . Rasa sedih , kerana bulan yang penuh berkat ini akan pergi meninggalkan kita untuk tahun ini , Diharapkan selama Ramadhan berlangsung , kita telah dapat melakukan ibadah dengan sebaik nya , InsyaAllah :)
Dan Bulan penghulu segala bulan kita harapkan akan menjelma lagi tahun hadapan , di harapkan ALLAH memberikan kita umur yang panjang untuk meneruskan ibadah kepada Nya . Amin :)

Hari kemenangan kita bakal tiba beberapa hari lagi , Emy guest , mesti ramai yang busy kan ?
buat kuih raya , beli baju , beli semua kelengkapan , OTW balik kampung yang mana duduk jauh dari keluarga tu ^,^ , hari raya adalah hari dimana kita mengeratkan Hubungan silaturahim antara keluarga dan sahabat handai :) .Disini kita meminta ampun dan maaf atas dosa dosa yang telah kita lakukan dengan sengaja atau tak sengaja :) di kesempatan inilah untuk kita berbaik baik , ramah mesra , Buang yang Keruh ambil yang Jernih :)

Disini emy ingin memohon ampun dan maaf kepada semua , sekiranya tersalah kata , terkasar bicara , terlebih layan , terkurang layan . maaf yaa , emy cuma insan biasa yang tak sempurna :")

Halal kan makan minum emy , kepada yang kenal emy tuh :")
kalau emy termakan terminum tu , emy minta maaf sangat sangat yea .

kepada budak ngade azmanhasani maafkan saya sekiranya ada buat salah , buat awak marah , bosan ke apa ke , harap maafkan ye , kalau termakan terminum , saya minta halal dari awak , dan terima kasih sebab bersama saya sampai sekarang , :) alhamdulillah dan insyaAllah . Mohon ampun dan maaf , saya tahu saya ada tersalah cakap , merapu hee . sorry yaa . semoga raya pertama kita bersama , menjadi lebih baik . InsyaAllah . Kirim salam kepada keluarga ^^,

Your repemyek , NANTI ambik eyh huhu ^^,

Okay lah panjang pulak da emy merepek hehe . okay
Assamualikum :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
AMPUN MAAF DIPINTA

^^,

Thursday, August 09, 2012

Aku telah dilamar ! adehh .

hai semua , mesti terkejut kan tengok entry emy tu . Haa , lamar ? siapa ? emy ke ?
Yekot .
Siapa yang melamar tu ? kenapa dia melamar ? dan emy terima ke tak ek ?
Nak tahu ? berat sungguh keputusan yang emy nak buat ni . Tapi nak tahu jawapan nya ?

okay , wait for next entry , bila tu , emy akan update hehe .




Jangan ada yang Sentap dulu k !
hehe
tunggu dulu 
apa cerita ni
"budakkenit"
Ni :) 


Wednesday, August 08, 2012

Cintai Aku


Andai angin mampu kirimkan
pesan untukmu yang telah ku ucapkan
cintai aku dan bukan yang lain
tak ada lagi yang kuinginkan
selain hanya dirimu

Andai bintang mampu sinari
hati dan tubuhku agar terlihatmu

cintai aku dan bukan yang lain
tak ada lagi yang kuinginkan
selain hanya dirimu

(kaulah pilihan)
Jadilah seperti yang aku mahu
(kaulah pilihan)
Selalu bersamaku
siang dan malam
(kurasa benar)
Kaulah pilihan
dari segala ada
Kurasa benar saat bersamamu
Bersamamu

Miliki aku dan bukan yang lain
tak ada lagi yang kuinginkan
selain dirimu
(kaulah pilihan)

Jadilah seperti
yang aku mahu
(kaulah pilihan)
Selalu bersamaku
siang dan malam
(kurasa benar)
Kaulah pilihan
dari segala ada
Kurasa benar saat bersamamu
Bersamamu
Kurasa benar
Bersamamu

Bersamamu

lailatul Qadar dan sejarahnya :)


Assamualaikum semua :)
selamat berpuasa yang ke 20 hari , alhamdulilah , Allah masih berikan kita umur yang panjang untuk teruskan puasa . Amin :) Jom singkap malam Lailatul Qadar . 

Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.
Siapakah lelaki Bani Israil itu?
Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat suaminya itu.
Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan mudah.
Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"
Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."
Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, dijawabnya jawapan yang sama.
Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada isterinya apabila ditanya.
Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut. Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan bibirnya.
Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.
[Kisah ini diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas]
Akhir kalam, adakah saudara tahu sejarah ini? Malulah kita beribadah kepada Allah tanpa mengetahui sejarahnya. Seperti ibadah solat, kita tahu sejarah baginda mendapat perintah solat pada malam Isra' Mikraj yang asalnya 50 waktu ditukar kepada lima. Semoga dengan tahunya sejarah Lailatul Qadar membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan tersebut.


:-))

sama sama kita imarah kan Ramadhan :)



wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat