CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 30, 2014

Ayah :')

Assalamualaikum 
Hai semua , lama dah tak menulis ni , lama sangat tinggalkan dunia blog :') , Al maklumlah , busy sangat , sejak sambung belajar , masa pun dah tak berapa nak ada untuk menulis , sedangkan rindu nak membebel kat sini . 
Okayy . Belum terlambat nak ucapkan "SELAMAT BERPUASA" untuk semua umat Islam , hari ni hari kedua Ramadhan , Alhamdulillah . Dapat kita bernafas lagi di bumi Allah ini . Syukur. 
Panjang bebel ni , nak cerita sikit , kenapa dengan tajuk "AYAH" tu . 

Puasa tahun ni , puasa tanpa ayah :') AL FATIHAH . 
rasa rindu masih lagi bersarang dalam hati , kadang kadang fikir , macam mana nak lalui hidup ni tanpa ayah disisi , rasa macam terlalu cepat , terlalu awal untuk emy hadapi , tapi ini semua ketentuan Allah S.W.T kan . Allah amik arwah , sebab Dia sayangkan arwah . Ayah meninggal 8 Jun 2014 hari ahad pukul 11.20 am . Hari yang tidak akan dapat emy lupakan . Rasa masih tak percaya , rasa macam masih ada . Walaupun hakikatnya tiada , tapi terasa ada :') . Sekarang baru emy faham yang bila orang tiada ibubapa macam mana , hargailah selagi ada ye kawan kawan :') , Sesungguhnya , diri ini banyak salah , rasa tak dapat lagi nak balas semua , nak buktikan , nak tunjuk kejayaan pada ayah , tapi tak sempat semasa hayatnya , in shaa Allah . Kita yang hidup teruskan hidup dan terus buat ayah bangga :') , Masih mempunyai mak dalam dunia ni , bersyukur sangat sangat . 

Ayah
Kaulah wira
Kau tiada tandingan
Tiada insan sesabarmu 
yang akan aku jumpa lagi :')
belum sempat aku
benar benar dewasa
kau meninggalkan ku ,
aku masih perlu "jagaan"
bimbinganmu ayah ,
tapi , kerana Dia lebih menyayangimu
aku redhakan , 
sesungguhnya 
dosaku padamu terlalu banyak ,
aku harap kau ampunkan
segala dosa anakmu ini.
Walau ayah sudah "pergi"
aisyah
janji 
jaga mak dan adik adik ,
tak nakal nakal lagi :')
Semoga kita bertemu di sana ya Ayah :')
AL FATIHAH 


MAZLAN BIN AHMAD
AISYAH SAYANG AYAH SANGAT SANGAT ! :'(

wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat