CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 07, 2013

AZAM KERJA !

Assalamualaikum semua :) , hari ni emy nak update tentang "AZAM KERJA" , inisiatif kerajaan dalam mencari kakitangan kerja , pihak swasta mahupun "kerajaan" sendiri , jadi cerita nya , emy ni adalah penggangur haha , tak ngangur mana , tak boleh juga lah di katakan takde kerja tetap , sebab sekarang ni berniaga sendiri sahaja :) . So ni lah peluang emy nak cuba nasib , mana tahu ada peluang dan harapan keluraga kan ? Cuba tak salah :) . Mana "AZAM KERJA" ni ? siri jelajah seluruh Malaysia , dan sekarang mula bertandang ke tempat lahirnya emy di TEMERLOH hehe , tapi bukan dekat bandar Temerloh , tapi di Mentakab Pahang :) . Di dewan Sri Mentakab , siapa yang duduk area temerloh mesti tahu di mana :) okay pada yang duduk area temerloh , dekat dekat dengan emy , yang mana taktahu lagi tu , emy nak kongsikan , Ahad ini bersamaan 9 Jun 2013 :) Pelbagai jawatan di tawarkan . Lagi lagi syarikat swasta lah , mana mana syarikat pun boleh kan ? asal kan kerja hehehe . Dia macam karnival dan temuduga terbuka , jadi boleh lah bawak Resume , sijil sijil anda yaa :) . Start dari sijil PMR , SPM , STPM , DIPLOMA , IJAZAH dan semua lah :) Jadi jom ramai ramai join emy ! mana tahu leh jumpa hehehe :)


Program Penempatan Pekerjaan & Temuduga Terbuka Azam Kerja Anjuran JobsMalaysia Pahang 
Tarikh : 9 .6. 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Sri Mentakab, Mentakab, Pahang 
Tel : 06 5124 032





PROGRAM KARNIVAL PEKERJAAN DAN TEMUDUGA TERBUKA AZAM KERJA ANJURAN PUSAT JOBS MALAYSIA PAHANG (JMC), JABATAN TENAGA KERJA PAHANG


Tarikh: 9 Jun 2013 
Lokasi: -



Pusat Jobsmalaysia Negeri Pahang, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang akan mengadakan Program Karnival Pekerjaan dan Temuduga Terbuka Azam Kerja pada 30 Mei 2013 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Sri Mentakab,Mentakab Pahang Program yang berlangsung satu hari akan disertai oleh Agensi-Agensi Swasta daripada pelbagai sektor dan industri.Sekiranya anda sedang mencari pekerjaan, Siswazah, Belia-Belia, atau yang ingin meningkatkan kerjaya anda adalah dijemput untuk menghadiri Program tersebut. Sesi temuduga secara terus akan diadakan oleh majikan-majikan yang menyertai program ini.Justeru itu sila bawa bersama kad pengenalan, salinan sijil,dokumen-dokumen yang berkaitan serta resume disamping berpakaian kemas. Pusat JobsMalaysia Pahang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan pencari kerja ke program tersebut untuk mendapatkan informasi dan maklumat kerjaya. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat JobsMalaysia Pahang di talian 09-5124032 / 09-2961207




3 comments:

  1. smga awak bjya dpt keje :) keje sendiri un keje gax ^^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee , terima kasih aisya :) alhamdulillah semalam dapat isi form , kerani akaun + logistik . hehe ,a'ah niaga pun keje jugak :D

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat