CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 15, 2012

dunia fotografer , insyaALLAH tercapai .

assalamualaikum semua , lama dah tak update blog ni , bersarang dah , tak tahu jadi macam mana . hehe .
dah jadi tak berapa reti nak "kendalikan" hehe .
tak mahu cerita panjang panjang , ringkaskan cerita . nak cerita pasal Dunia Fotografi .
Saya tahu ramai yang minat kan ? saya pun hehe , cuma saya takde camera DSLR , just CAMERA DIGITAL jea saya gunakan . saya suka ambik gambar . just "suka suka" :) . tapi minat dalam bidang ni , cuma kurang GALAKAN jea dari keluarga , KEMAHIRAN DAN ASAS tak dapat di mana mana lagi ,tapi saya cuba buat suka suka , amik gambar , saya tahu memang gambar yang saya amik tak berapa "menarik" tapi tak salahkan cuba ? merealisasikan ANGAN ANGAN ^^, walaupun hanya tatapan sendiri :)
disini saya nak kongsikan sedikit gambar2 yang saya amik secara tidak sengaja hehe
kalau sudi nilai la . dan TERIMA KASIH banyak banyak . jika ada yang sudi komen :)

Tak Salah Jika Kita Berangan
Jika Disulami Dengan Usaha :)
INSYAALAH ^^,


Cute kan ?


delyybird :P




delyybird :P



keyboard ku hahaha (kantoi tak bersih)


samsung :)




samsung Champ :)


kulit majalah :)





semua ni hanya cita-cita 
Wishlist saya memang nak sangat dapatkan DSLR
INSYAALLAH . :)
jika anda berminat 
Teruskan ^^,
mungkin anda juga ada bakat terpendam 

okays

terima kasih

ASSALAMUALAIKUM 

^^,

Saturday, March 24, 2012

my recipe "potato wedges"

okay cara cara nak buat "POTATO WEDGES"

wedges :)


Bahan - bahan

5 biji kentang - di hiris panjang
2 biji telur - dipukul kembang
1/2 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu makan lada hitam = dikisar
Garam secukup rasa

Cara - cara membuat

1 .Rebus kentang dan di tos

2 . Celup kentang ke dalam telur yang dibancuh bersama lada hitam yang di kisar bersama tepung gandum .

3 . Goreng hingga gareng . Angkat dan hidang






taraaaaaaa :)

selamat mencuba ^^,

Friday, March 23, 2012

rahsia wanita SOLEHAH " mesti baca" .

Assalamualaikum semua . lama sudah tak update blog ni :)
rindu nya . okay . kat sini esya nak kongsikan sikit , info info yang esya tahu mengenai tajuk di atas iaitu
"RAHSIA WANITA SOLEHAH" kita sebagai perempuan, gadis , wanita . impikan menjadi seorang anak yang SOLEHAH , isteri yang SOLEHAH , kan ? tiada yang sempurna di dunia ini . melainkan ALLAH S.W.T. tapi apa salahnya , kita ingin menjadi seorang anak , atau isteri yang sempurna kan ?
kat sini esya kongsikan untuk tatapan semua .
sangat bertuah kita menjadi seorang PEREMPUAN , kerana ALLAH S.W.T sangat menyayangi kita . dengan rasa syukur , dan ALHAMDULILLAH .

1 . Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin,maka ALLAH SWT mencatatkan untuknya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH S.W.T 


2. Tidakkah seorang wanita yang datang haid itu , kecuali haidnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu,Dan apabila pada hari pertama haidnya dia membaca " ALHAMDULILLAH'AALA KULLIHALIN WA ASTAGFIRULLAH,maka ALLAH menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang jauh dari seksaan ,bahkan ALLAH SWT mengangkatnya ke atas darjat,seperti darjat 40 orang mati syahid,apabila dia selalu berzikir kepada ALLAH sepanjang dia dalam keadaan haid.


3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh


4. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka ALLAH SWT memasukkan dia ke dalam syurga 10,000 tahun terlebih dahulu dari suaminya 


5.Wanita yang tinggal bersama anak anaknya akan tinggal bersama aku ( RASULLULAH SAW) di dalam syurga.


6. Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


7. Wanita yang melayan suami tanpa khianat mendapat pahala 12 tahun solat .


8. Wanita yang taat kepada suaminya , maka akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga .Masuklah dari mana-mana pintu yang kamu kehendaki dengan tanpa dihisab ( di hitung)


9. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa dosa sepertimana saat ibunya melahirkannya dahulu .






itulah serba sedikit info yang dapat esya kongsikan , semoga menjadi teladan kepada kita semua muslimah :)
yang baik datang dariNya . yang buruk datangnya dari kita :)


ASSALAMUALAIKUM . =)

Friday, March 02, 2012

3.3.2012 , kakak angkatku BERTUNANG hee"

salam , hye semua pembaca blog =) ,semoga sehat selalu .
okays tak mau cakap lebih lebih . nak ucapkan TAHNIAH pada kakak angkat saya
WAN ANISAH ;) , yang akan bertunang dengan pasangannya FAWAZ , semoga kekal ke anak cucu ok ?
bulan 3 ni bertunang , dan berkemungkinan bulan 5 tahun 2012 ini akan melangsungkan perkahwinan =)

tumpang bahagia,

aii bila la aku ni hehe

akak angkat saya , umur dea baru 21 tahun :)
yang bakal tunang dea , 23 tahun

okay sesuai la tuh ^^, . happy for you kak ! :D .

adik nak cakap SELAMAT BERTUNANG & selamat PENGANTIN baru :)) .
hehehehe .

Sunday, February 05, 2012

kecantikan , make up , anda suka ? saya suka :)

ASSALAMUALAIKUM :)
lama sudah tak update blog ni , bersarang burung "WALIT" dah HAHA
kalau burung walit , dah KAYA agaknya saya hee "
okay , sekarang kita mulakan cerita tentang kecantikan , saya tahu semua perempuan suka akan kecantikan diri , terutamanya WAJAH , RAMBUT , KUKU , BADAN dan sebagainya , kerana KECATIKAN dan KESIHATAN diri itu penting :)
disini , saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tips tips kecantikan :)
harap harap semua suka ok ? :)

KENTANG ? 
ada apa dengan kentang ?
jom bongkar ! 


menghilangkan Lingkaran Mata
- caranya , hiris kentang mentang dan letakkan di atas selapis keju tipis , lalu letakkan di bawah mata selama 20  minit. Zat CATECHOLASE dalam kentang boleh mencerahkan kulit dan akan menghilangkan lingkaran pada mata .

Menghilangkan Parut Wajah 
- Cucilah wajah dengan jus kentang sekerap mungkin .Cara ni dapat membantu mengurangkan noda noda hitam yang terdapat pada wajah .

Masker Kentang
- Potong kentang , gosokkan pada kulit . lakukan dengan hati hati dan tumpukan pada kawasan bermasalah . Biarkan hampas kentang tersebut menempel selama 30 minit , sebelum kamu membasuhnya dengan air bersih .
haa , tuhla serba sedikit tentang KECATIKAN :) , menggunakan KENTANG :)
mudahkan ? selamat lagi bersih .

okay now , nak share sikit TOTURIAL makeup SIMPLE , dari KOREA ,JEPUN . AS :)

COMEL KAN ? cuba laa 



nak jadi secomel ni ?
lets goo :P


Tuesday, January 31, 2012

amalan yang boleh mEROSAk kan OtaK !

lets read ! 
BERGUNA UNTUK ANDA SEMUA :) 




1 . TERLEBIH MAKAN 


- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak 
( bahaya tuh , so kurangkan makan yea ^^, )

2 . MENUTUP MUKA MASA TIDUR

-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan OTAK menerima lebih banyak KARBON DIOKSIDA berbanding OKSIGEN dan ini akan membawa kepada kerosakan otak
( so , buka jelaa muka , jangan tutup , tak bernafas nanti lain pula jadinya :P )

3. PEROKOK

-Asap rokok mengakibatkan sel sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit "ALZHEIMER"
( kepada semua harap , BERHENTI lah merokok yaa)

4. BANYAK TIDUR

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak , tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel sel otak kita mati .
( Jadi amal kan tidur 8 jam sehari sahaja okay ? )

5. KURANG BERIMAGINASI 

-Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita . Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun . 
( so , BERIMAGINASI la :) )

6. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI 

- Apabila sseorang tidak mengambil sarapan pagi , paras gula dalam darah akan menjadi rendah . Seterusnya akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif 
( SARAPAN PAGI baik untuk kita , jadi jangan abaikan ok ? minum JUS , susu dan roti pun dah memadai ;] ) 

SEKIAN INI SAHAJA UNTUK HARI INI =)) 

Friday, January 20, 2012

kau kata kau cinta

setiap malam 
aku terdengar suaramu 
di benakku 
kau kata kau cinta padaku
di hening pagi 
kau berlagu syahdu 
menitik embun 
menyegarkan hariku
membasuh lukaku
saat aku duka
kau kata kau cintaku
dunia bagaikan 
hanya untuk kita
berdua
tiada yang lainnya
berpisah tiada 
kau kata kau cintaku
menunggu aku
tanpa jemu 
marah tidak di bibirmu
hanya senyum kau ukir
kau kata kau cinta
padaku 
seiklas hati'
setulus janji
mengungkap kata 
semanis nada ,
bila ku renung 
kau memang bisa
membuatku rasa
setia 
setia padamu 
kau cintaku
hati ini tidak 
pernah menipu
walau pahitnya 
hempedu
tapi madu menjadi
penawar .
abadikan lah rasa cinta kita
pada 
yang ESA 
kerana jodoh 
hanya DIA yang tahu
kita hanya mampu
MENUNGGU . 


NUKILAN NURUL AMEENATUL AEESYA 
no copypaste :)
thankyouu

:-)) . 

wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat