Ayah ! Kaklong Rindu :'(
Semuanya ingin ku cerita kan bermula pada tahun 2014 , Tahun
yang sangat mencabar bagi aku , tahun yang membuatkan aku “lemah” . Tahun yang
buat aku kehilangan selamanya ayah tersayang . Pada awal tahun, semua nya
berjalan lancar,gembira , Dan kali pertama dan terakhir ayah menghantar ku ke
Selangor untuk sambung belajar. Perjalanan hidupku di tempat orang pada mulanya
Alhamdulillah berjalan dengan baik sekali , mungkin kerana restu ibu bapa , aku
disana sangat gembira , hati senang , dan dapat menumpukan pelajaran dengan
baik. Dari bulan Januari Hingga Mac tahun 2014 , aku banyak mencapai kejayaan
untuk diri aku , aku sudah pandai berdikari, tak manja lagi , aku boleh
menyesuaikan diri dengan keadaan, orang orang baik dengan aku,aku terasa
bertuah , Rupanya , keceriaan tu tak lama untuk aku, Pada bulan Mac, ayah telah
mula sakit , sakit kuat , adik aku tak sanggup cerita kan pada ku kerana aku
sedang belajar,dan tak mahu aku banyak berfikir, rupanya ayah dah mula demam ,
tak sihat badan awal bulan Januari , aku hanya ingatkan mungkin ayah “demam
rindu” kerana tak pernah aku jauh dari arwah sejak dewasa ini . Cerita bermula
, selepas ayah tidak larat untuk bekerja , tak larat untuk bangun , makan tidak
boleh , muntah muntah setiap masa , badan semakin susut , hanya terbaring di
bilik , mengharap belas ihsan kasih saying mak dan anak anak . Masa itu aku
tiada di sisi , Dan segala cerita yang aku dengar sangat meruntun hati , jauh
disudut ianya sangat perit , kerana aku tidak melihat dengan mata sendiri ,
Pada hari lahir ku yang ke 22 , Untuk kali pertamanya , ayah mengucapkan “Happy
Birthday” pada aku melalui SMS ,dan aku tak sangka itu juga yang terakhir , dan
aku dengan niat “akan simpan sms tu” sebelum ini apa apa sms yang biasa biasa
aku takkan simpan , tapi aku tidak tahu mengapa aku rasa sms itu sangat PENTING
bagi aku , dan aku berhati hati supaya tak terpadam sms itu . Rupanya itu satu
petanda :’) dan dalam tahun ini , bulan
bulan sebelum nya bulan JUN , aku hari hari mengingati ayah , menulis segalanya
tentang ayah , dan untuk pertama kalinya dalam hidup aku,aku terlupa wish
birthday ayah pada 17 april , mak mengingatkan aku , dengan menelefon ku , tapi
sumpah demi Allah , aku taktahu macam mana aku tak teringat langsung hari itu
hari lahir ayah , Memang aku terkilan dan aku merasakan kenapa dengan aku , apa
tak kena?Pada cuti April mid sem , aku pulang seminggu ke Temerloh ,
dan pada masa itu aku lihat keadaan ayah , sedikit membaik , tetapi , ayah
dimasukkan ke wad kerana ingin membuat pemeriksaan , kenapa muntah muntah ,
bila makan taknak masuk perut , mesti keluar balik makanan. Penyebabnya tidak
diketahui.Hmmm . Itu sebahagian keadaan yang aku lalui pada tahun 2014
ni . Dan yang buat aku sampai sekarang terngiang teringat adalah kata kata ayah
, dari dulu sampai sekarang , kenangan , gurauan yang tak pernah putus, nasihat
, marah , kasih saying yang tetap aku ingat sampai bila bila , kerana ayah
tidak aka nada penganti di hati aku selamanya , ayah seorang yang sangat
penyabar , penyayang dan baik , walaupun ayah tak tunjukkan dari segi kata kata
, tapi cara arwah aku dapat lihat , dan kadangkala aku menyesal , kenapa aku
menjadi anak yang sangat degil dan tak dengar cakap , nak diulang masa itu tak
mungkin lagi , sebab tu hargai bila ada :’( .Kata kata terakhir arwah ayah 2 minggu sebelum meninggal ,
yang aku ingat , selalu ingat .“AYAH TAK DAPAT JAGA KAU DAH , KAU JAGAN DIRI ELOK ELOK”Dan disaat semasa aku bersama ayah dibilik , teman ayah
berborak sempat mengusik ayah , membelai ayah , dan terbit kata kata yang tak
pernah keluar dari mulutnya sebelum ni , dan ini paling menyentuh hatiku .Sambil aku pegang tangan ayah dan berkata “ AYAH , TANGAN
KANAN NI BENGKAK , KIRI NI TAK “ dan ayah berkata sambil merenung aku dengan
mata jernih “ KAU SORANG JE BUAT AYAH MACAM NI , CAKAP MACAM NI “ dalam hati
aku , YA ALLAH ! kenapa ayah berkata begitu , sejak umur aku dah mencapai 22
tahun , ayah tak pernah cakap ayat sebegitu , kerana ayah seorang yang malu dan
diam . Dan dari situ , aku terasa yang mungkin aku takkan bersama lagi dengan
ayah , Tapi hati aku tetap tabah dan kuat yang ayah akan cepat sembuh dan macam
dulu dulu , tu harapan aku , Tetapi selepas 2 minggu aku dirumah , aku
mengambil cuti lagi seminggu , kerana aku tak sampai hati nak pulang ke
Selangor awal , dan satu lagi perkara iaitu “soalan” dari ayah , yang
membuatkan aku berat nak pulang ke asrama , “KAU BALIK BILA? Aku menjawap “PAGI
ESOK AYAH” dan ayah menganguk akur . Aku perasan dan tahu niat hati ayah tak
bagi aku pulang , tapi apakan daya aku masih belajar , keesokan nya aku patut
pulang , tapi mengenangkan yang ayah sakit , aku takde hati mahu pulang , jadi
aku teruskan lagi cuti , malam nya pula , ayah minta air Vitagen , kerana sejak
ayah sakit , hanya Vitagen perisa Anggur je yang boleh masuk ke mulut ayah ,
makanan semuanya tidak , hamper 2 bulan lebih ayah tak makan , hanya minum
Vitagen , bayangkan ? kalau aku , aku taktahu menanggung rasa tu , ayah sabar
dan tabah , ayah kuat ! sambung cerita tadi , ayah meminta ku mengambil Vitagen
di peti ais , aku ambil dan berikan pada ayah , bangunkan ayah dari katil , dan
ayah duduk , aku dihadapannya melihat gelagat ayah minum sambil ayah bertanya
lagi “KAU RASA SELAIN VITAGEN , AIR BUAH MACAM NI ADA LAGI HARGA MURAH TAk?
SEBAB VITAGEN NI KIRA MAHAL KALAU AYAH NAK MINUM HARI HARI “ aku tersentuh ,
nak menangis depan ayah rasa, tapi aku gagahkan diri menjawap , “KITA RASA ADA
AYAH , NUTRIGEN , KITA RASA MACAM MURAH SIKIT , NANTI KITA G TENGOK KAT KEDAI
YEA” aku pun tak pasti harganya , tapi sekadar menyejukkan hati ayah , Dan aku
berkata “ TAKPE AYAH MAHAL SIKIT , YANG PENTING AYAH BOLEH MINUM UNTUK TENAGA”
ayah teruskan minum :’)Ya Allah , syahdu rasa hati aku , kerana aku terlalu rapat
dengan ayah dari kecil , dan aku bersama ayah dari kecil . Manakan mudah
lupakan semua itu , Memang benar tak baik menangisi kepergian , dianggap tidak
redha , tapi sejujur nya AKU REDHA KETENTUAN ALLAH S.W.T , tapi kenangan itu
membuatkan aku terasa sangat sangat .Setakat ini dulu cerita aku , mungkin akan bersambung lagi ,
luahan hati yang terbuku , Kerinduan yang takkan pernah berhenti . Semoga Ayah
tenang di sana , Dilimpahi rahmat Allah S.W.T , ditempatkan dikalangan orang
yang beriman , Syurga buatmu ayah , AYAH YANG PENYABAR ! :”)
“AL FATIHAH AYAH” MAZLAN
BIN AHMAD “17
APRIL 1962” “8
JUN 2014”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wishlist :-)
Bahagia Dunia Dan Akhirat
No comments:
Post a Comment