CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 29, 2012

mata panda ? oppss

assalamualaikum semua . :)

entry yang bertajuk "MATA PANDA" apakah ?
mata panda ni , adalah , lingkaran gelap bawah mata , atau mata bengkak , kantung mata yang sedikit sebanyak mencacatkan penampilan seharian kita kan ? tapi jangan risau sekarang banyak cara nak hilangkan nya , so hanya SENYUM :) dan ikuti petua petua yang anda tahu . kat sini saya nak kongsikan sikit petua dan info yang saya tahu , untuk mengatasi masalah "mata panda" ni :)
saya pun mempunyai masalah yang sama , dan saya da cuba , terbukti berkesan :)
tapi tak berapa pasti sesuai untuk setiap individu atau tak , tapi apa salah mencuba , dan tak memudaratkan :)
dijamin ^^,

Cara SemulaJadi

SUDU SEJUK

haa jangan terkejut , sudu sejuk boleh mengurangkan kedut dan menghilangkan kesan gelap bawah mata . caranya macam ni

Simpan sudu yang diperbuat daripada besi semalaman di dalam peti ais , esoknya bolehlah lekapkan behagian belakang sudu di bahagian mata korang selama beberapa saat . Jika sudu tu hilang kesejukkannya,celupkan ke dalam ais,ulangi proses sama beberapa kali . 


( cara ni totally berkesan) :)

UNCANG TEH


Boleh juga mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
caranya rendamkan 2 uncang teh ke dalam air mendidih selama 3 minit 
boleh gunakan pelbagai jenis teh . Setelah uncang direndam , tapis sehingga tiada air , kemudian lekapkan di mata korang selama beberapa minit .

TIMUN


Timun , biasa dah kan orang buat ? tapi saya saja nak kongsikan sekali lagi :)

Hirisan timun perlu diletakkan didalam peti ais selama beberapa jam terlebih dahulu. Hiris nipis nipis dan kemudian letakkan sahaja di mata ketika hendak tidur . Untuk hasil memuaskan , korang boleh lakukan 3 hingga 4 kali seminggu :)

okay , itu serba sedikit petua yang dapat saya kongsikan :)
selamat mencuba ! .


:)


hargailah matamu :) 

No comments:

Post a Comment

wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat