malam ini , kurasakan suram . kedinginan menyelubungi diri , membalui tubuh yang kehangatan , terasa syahdu pabila malam melabuh kan tirai tiada lagi hilai tawa yang sering kali memecah sepi kesunyian , sering kali aku ingin kan keriuhan pekat malam . yang aku harapkan kegembiran yang selalu aku idamkan .
malam yang membuat ku rasa tidak lagi lena , kerana keheningan mencengkam, bagaikan penghalang masa tidurku . buaian lagu di malam syahdu tiada lagi kedengaran di cuping telinga dan tidak terfikir dek kotak minda
sentiasa hati ini meraih kasih sayang . daripada insan tersayang , merindui setiap inci kehidupan yang pernah di tinggalkan tanpa rasa bersalah , kadang kala terasa keinsafan pada diri ini , yang sering terleka di buai dunia .
siapalah yang akan sedar bahawa diri ini melakukan kesalahan , pada zahir nya di lihat sempurna , tetapi batin nya tidak begitu.. mungkinkah ada jalan pulang untuk mengubah segalanya . ??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wishlist :-)
Bahagia Dunia Dan Akhirat
No comments:
Post a Comment