CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 07, 2013

Kek biskut marie (part 2)

Assalamualaikum semua , hai sihat ke ? :)
okay , entry emy yang latest ni berkenaan dengan entry yang lebih , so ni part 2 lah :) kalau sesiapa yang dah baca entry kek-biskut-marie-handmade-waiiittt-soon. so tahu la cerita yang emy nak ceritakan kat part 2 ni . Okay , yang ni emy nak tunjuk kan proses membuat kek biskut marie :)

Jom !



1


2


3


4


5


6


7



8



9



10


11


taraaa :D sory , masa tengah masuk dalam bekas , lupa nak 
amik gambar masa tengah potong dan gambar bentuk sebenar :')
ada dua !
satu untuk mydear love one hehe
dan satu lagi untuk adik nabilah :)


:)



so , emy bawak kek tu , jumpa si kecik nabilah dekat sekolah dia
ada buat hari jualan 
:)


comel kan dia ?
yang bertudung hitam tu nabilah :)
yang muka poyo poyo tu emy haha :D 

resepi ? 

meh nak share 

KEK BISKUT MARIE BUATAN EMY ! ahakss :D

Bahan-bahan 

250gram mentega
1 tin susu pekat manis ( or setengah tin )
2 serbuk cawan milo (atau setengah serbuk koko yang botol kecik pun boleh kalau milo takde :) )
600gram biskut marie ( letak berapa banyak anda suka pun boleh) 

Cara membuat 
1. Masukkan mentega ke dalam kuali,panaskan seketika hingga cair tau .
2. Masukkan susu pekat manis , sebatikan mentega dengan susu tu
3. Masukkan milo or serbuk koko dan kacau adunan tu hingga likat 
4. Adunan siap di masak masuk ke dalam bekas yang di lapik dengan plastik macam gambar di atas , supaya kek tak lekat dalam bekas , tekan bagai padat tau :) 
5. Nak makan terus boleh , kalau nak simpan lama dan bagi keras sikit masukkan dalam pintu ais :) 

SELAMAT MENCUBA ! :)


Tuesday, July 02, 2013

Kek Biskut Marie Handmade ! ( waiiittt ! soon )

Entry emy kali ni , berkenaan dengan masak masak , acecey , lama dah tak update pasal masak ni :) In sha Allah , puasa dan raya nanti akan buat :) Then . Sebab yang kuat nak buat "kek biskut marie ni" , sebab nya ada seorang adik ni nama nabilah  nabilah :) ( haa boleh klik nak tengok blog dia ) Singgah singgah k , banyak cerita menarik :) . Dia suka sangat makan kek ni , siap ada "list" kat blog lagi hee . So , in sha Allah , ada masa , dan ada peluang jumpa dia , nak bagi lah kek kegemaran dia ni :) . Sebab dah cakap hari tu , nak kasi masa raya nanti . In sha Allah dik , Akak buat khas :) . Rasa tau , kalau tak sedap  soryyy hehehe , takpe , akak pastikan rasanya boleh di makan hehehe :P ( gedik gedik ) hahaha .

And thanks for her ;') , sebenarnya , rasa suprise sangat , sebab nya , minggu lepas , dia pergi cameron highlands with her family , dan , sambil sambil baca latest entry dia , terselit la sesuatu , rasa terharu , ingat juga dia pada emy , emy ni bukan siapa siapa pun :") , nak tahu apa ? sila baca entry ini hehe Perjalanan Part 2 :) . Nabilah , terima kasih yaa :-)

haa , tu je rasanya nak tulis :) . Thanks to her, cutety girl Nurul Ainun Nabilah :)

Wednesday, June 26, 2013

Roti Jala , nyum nyum

Assalamualaikum semua , sihat kah ? emy harap semua sihat k , emy ni je , demam tahap apa tah , flu+ cough , panas badan , tapi emy gagahkan jua hahaaha , jap lagi kul 1 petang , emy nak pergi hospital , yang tersayang nak hantarkan , dia cakap kritikal demam emy ni , berkali kali menolak , tapi dia still nak bawa juga , so emy ikut je la :') , orang sayang kita , Alhamdulillah . Haa , ni nak cerita pasal demam ke pasal entry , haish emy ni , selalu lari pada topik ,.

ROTI JALA 

anda suka ? saya pun suka , lagi lagi kalau cicah kari , perggghh , terangkat seyhh . Hari ini mak dan emy buat sama sama roti jala yang customer order , untuk buat katering . So , kalau rasa rasa berminat boleh la order sekali :P , tapi setakat ni area TEMERLOH PAHANG sahaja yaa . In sha Allah , kalau ada waktu kelapangan , dan puasa makin hampir , tempahan kueh raya pun , hendak di bikin hehe . Nak tengok rupa roti jala EMY dan My MUM .

taraaaaaaaaaaa :)



Ada yang order + boleh buat kuah kari terus :)
boleh order roti jala sahaja :)

Rasanya , saya pasti anda teruja !
aceceyy , pomot lelebih lak kan ? :D 

okay lah , out dulu , nak bersiap hantar roti jala dan ke hospital :)
Assalamualaikum
terima kasih sudi membaca :)

Friday, June 14, 2013

Gila Gila !

Huhu , emy taktahu nak buat entry apa hari ni :P , so tajuk entry just "gila gila" , apa tah emy pun taktahu huhu , Sekarang tengah lagi memikirkan macam mana nak survive hidup dengan lebih baik , hala tuju pun entah kemana , terombang ambing lagi , hadeh . Just entry pendek untuk hari ni yaa , nanti ada ceirta cerita baru emy update lagi :) Thankyou sudi meluangkan masa membaca ! :)

Terima kasih banyak banyak pada Blogger AisyaLieza , kerana selalu sudi komen dan jenguk jenguk blog emy :)
Thankyouuu banyak banyak sayang ! :D



ni gambar emy hehe
(emy lukis ni)
hahaha 
konon konon , padahal nampak sangat edit nya hihi :D



Sunday, June 09, 2013

Kasut ! :)

Haa , hari tu , tiba tiba my mum balik dari shopping bersama adik emy , then dia balik bawak balik sepasang kasut , pattern baru :) , Cantik la bagi emy , kasut tu share share :) , emy share dengan mak , mak share dengan adik , adik share dengan kakak , eh berapa banyak share lahhh ! :p . Bagi emy cantik sangat ! unik :) .hehehe . Nak tahu macam mana bentuk rupa kasut tu , haa ni la :)


.
.
.
.
.
.
.
.
.



new pattern 
i Guess laa 

:P



selesa sangat bila pakai :)




reka bentuk :D 
ececey !


konon nya ambik gambar 
ala ala profesional la
huhu :P 


Friday, June 07, 2013

AZAM KERJA !

Assalamualaikum semua :) , hari ni emy nak update tentang "AZAM KERJA" , inisiatif kerajaan dalam mencari kakitangan kerja , pihak swasta mahupun "kerajaan" sendiri , jadi cerita nya , emy ni adalah penggangur haha , tak ngangur mana , tak boleh juga lah di katakan takde kerja tetap , sebab sekarang ni berniaga sendiri sahaja :) . So ni lah peluang emy nak cuba nasib , mana tahu ada peluang dan harapan keluraga kan ? Cuba tak salah :) . Mana "AZAM KERJA" ni ? siri jelajah seluruh Malaysia , dan sekarang mula bertandang ke tempat lahirnya emy di TEMERLOH hehe , tapi bukan dekat bandar Temerloh , tapi di Mentakab Pahang :) . Di dewan Sri Mentakab , siapa yang duduk area temerloh mesti tahu di mana :) okay pada yang duduk area temerloh , dekat dekat dengan emy , yang mana taktahu lagi tu , emy nak kongsikan , Ahad ini bersamaan 9 Jun 2013 :) Pelbagai jawatan di tawarkan . Lagi lagi syarikat swasta lah , mana mana syarikat pun boleh kan ? asal kan kerja hehehe . Dia macam karnival dan temuduga terbuka , jadi boleh lah bawak Resume , sijil sijil anda yaa :) . Start dari sijil PMR , SPM , STPM , DIPLOMA , IJAZAH dan semua lah :) Jadi jom ramai ramai join emy ! mana tahu leh jumpa hehehe :)


Program Penempatan Pekerjaan & Temuduga Terbuka Azam Kerja Anjuran JobsMalaysia Pahang 
Tarikh : 9 .6. 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Sri Mentakab, Mentakab, Pahang 
Tel : 06 5124 032





PROGRAM KARNIVAL PEKERJAAN DAN TEMUDUGA TERBUKA AZAM KERJA ANJURAN PUSAT JOBS MALAYSIA PAHANG (JMC), JABATAN TENAGA KERJA PAHANG


Tarikh: 9 Jun 2013 
Lokasi: -



Pusat Jobsmalaysia Negeri Pahang, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang akan mengadakan Program Karnival Pekerjaan dan Temuduga Terbuka Azam Kerja pada 30 Mei 2013 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Sri Mentakab,Mentakab Pahang Program yang berlangsung satu hari akan disertai oleh Agensi-Agensi Swasta daripada pelbagai sektor dan industri.Sekiranya anda sedang mencari pekerjaan, Siswazah, Belia-Belia, atau yang ingin meningkatkan kerjaya anda adalah dijemput untuk menghadiri Program tersebut. Sesi temuduga secara terus akan diadakan oleh majikan-majikan yang menyertai program ini.Justeru itu sila bawa bersama kad pengenalan, salinan sijil,dokumen-dokumen yang berkaitan serta resume disamping berpakaian kemas. Pusat JobsMalaysia Pahang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan pencari kerja ke program tersebut untuk mendapatkan informasi dan maklumat kerjaya. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat JobsMalaysia Pahang di talian 09-5124032 / 09-2961207




wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat