CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 30, 2014

Ayah :')

Assalamualaikum 
Hai semua , lama dah tak menulis ni , lama sangat tinggalkan dunia blog :') , Al maklumlah , busy sangat , sejak sambung belajar , masa pun dah tak berapa nak ada untuk menulis , sedangkan rindu nak membebel kat sini . 
Okayy . Belum terlambat nak ucapkan "SELAMAT BERPUASA" untuk semua umat Islam , hari ni hari kedua Ramadhan , Alhamdulillah . Dapat kita bernafas lagi di bumi Allah ini . Syukur. 
Panjang bebel ni , nak cerita sikit , kenapa dengan tajuk "AYAH" tu . 

Puasa tahun ni , puasa tanpa ayah :') AL FATIHAH . 
rasa rindu masih lagi bersarang dalam hati , kadang kadang fikir , macam mana nak lalui hidup ni tanpa ayah disisi , rasa macam terlalu cepat , terlalu awal untuk emy hadapi , tapi ini semua ketentuan Allah S.W.T kan . Allah amik arwah , sebab Dia sayangkan arwah . Ayah meninggal 8 Jun 2014 hari ahad pukul 11.20 am . Hari yang tidak akan dapat emy lupakan . Rasa masih tak percaya , rasa macam masih ada . Walaupun hakikatnya tiada , tapi terasa ada :') . Sekarang baru emy faham yang bila orang tiada ibubapa macam mana , hargailah selagi ada ye kawan kawan :') , Sesungguhnya , diri ini banyak salah , rasa tak dapat lagi nak balas semua , nak buktikan , nak tunjuk kejayaan pada ayah , tapi tak sempat semasa hayatnya , in shaa Allah . Kita yang hidup teruskan hidup dan terus buat ayah bangga :') , Masih mempunyai mak dalam dunia ni , bersyukur sangat sangat . 

Ayah
Kaulah wira
Kau tiada tandingan
Tiada insan sesabarmu 
yang akan aku jumpa lagi :')
belum sempat aku
benar benar dewasa
kau meninggalkan ku ,
aku masih perlu "jagaan"
bimbinganmu ayah ,
tapi , kerana Dia lebih menyayangimu
aku redhakan , 
sesungguhnya 
dosaku padamu terlalu banyak ,
aku harap kau ampunkan
segala dosa anakmu ini.
Walau ayah sudah "pergi"
aisyah
janji 
jaga mak dan adik adik ,
tak nakal nakal lagi :')
Semoga kita bertemu di sana ya Ayah :')
AL FATIHAH 


MAZLAN BIN AHMAD
AISYAH SAYANG AYAH SANGAT SANGAT ! :'(

Monday, December 30, 2013

Sigma - Istikharah Cinta :)



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
 
diistikharah cinta.. 

 :) 

lagu yang menyentuh hati . 

Pentingnya keredhaan Allah S.W.T :') 

Tuesday, December 03, 2013

Estrella - Stay




Sounds straight from the twilight
Has me up all night I can't
Fall asleep coz I keep thinking of you
And I saw a shadow, outside my window
And it's you! 

C/o
All my sorrows flew away, 
Hush keep quiet hear me say
I don't ever want you to go
Please stay

With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay

-bridge
Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny
It's just you

Try and think about it
If your heart is closed don't lock it
Keep your keys back in your pocket, think this through

Repeat c/o

Please stay with me
Just stay with me
I'll take you to foreverland
Just stay

( Memoryy , WillMissyou :') )

Friday, November 29, 2013

Future Study :)

Assalamualaikum :) , Hai semua , alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi Allah ini . Di harap semuanya sihat sihat , maklum lah sekarang ni musim hujan kan , Jaga kesihatan k ? Takmo cerita panjang panjang , dan sebelum "masa jadi lagi sibuk" dan langsung tak sempat update blog dah , maybe lepas ni , lagi lama menyepi , sebabnya , Haa tengok tajuk di atas , entry latest ni - FUTURE STUDY-

Mula mula dulu awal bulan 1 tahun ni (2013) , emy ada buat entry mengenai sambung belajar kan ? Dalam bidang kemahiran , dan alhamdulillah ,tercapai juga :) , emy dapat belajar di Banting Selangor , Kuala Langat . Kos Diploma Teknologi Mekanikal ( Rekabentuk Produk Industri)  . 

Alhamdulilah , berkat usaha , doa dan semuanya , akhirnya dapat belajar lagi :) Nak bangga kan mak dan ayah , In shaa Allah . Doakan yea . hee . Okay lah , rasanya , sampai sini je nak cerita , ada masa lagi sebulan sebelum tarikh lapor diri 7 Januari 2014 :) . So nanti ada masa emy update lagi , terima kasih pada yang sudi singgah dan baca blog emy yang tak seberapa ni :) Assalamualaikum . 


IKBN KUALA LANGAT :) 

(tak sepandai korang , masuk Universiti :3 ehehe) 

Saturday, November 23, 2013

Penjagaan Wajah Saya ! :)

Assalamualaikum semua ! Lama nya tak menulis , bersawang dah blog emy ni kan , Fuhh ! fuhh ( tiup habuk ) , Last update bulan 8 hari tu , maklum lah , dah kurang idea nak menulis , takde sumber inspirasi macam dulu dulu hehehe :3 , takde apa sebenarnya , cuma nak tulis sikit pasal diri emy sekarang , New Me la katanya hahaha , Bukan apa , ada yang tanya , Wajah licin without jerawat emy ni , Ok , actually , emy pernah ada jerawat pada muka , tapi alhamdulillah cepat hilang , Macam mana ? Okay la , kulit muka masing masing ni tak sama kan , yang penting pandai jaga la , ada jugak yang "rajin" jaga , tapi still ada masalah , Ok tu biasa la , maybe permakanan kita kan , So pandai jaga makan , dan jangan lupa , jangan tinggalkan "AIR PUTIH(AIR MASAK OR MINERAL) okay ? Tu pentingg . Then , Lepas make up , dah berjemur tengah panas , or duduk dalam aircond yang agak lama , Balik dari kerja , belajar or apa2 aktiviti , mesti cuci muka , dengan menggunakan pencuci yang sesuai dengan anda :) Ok ? tak susah pun . Okayy , penjagaan emy senang je :) , emy takdela putih , kulit muka emy sawo matang je ;) Kalau tambah make up sikit nampak la cerah ;) 

Cara emy jaga kulit 

  • Banyak minum air putih ( air masak or mineral )
  • Cuci muka selepas seharian menggunakan make up ( natural yang segar ehehe )
  • Pakai Krim Malam ( Garnier night restore ) emy punya krim malas :3
  • Seminggu sekali pakai "bedak sejuk" (sejukk woo ) ahaks !
  • Cuci  muka selepas bangun tidur dan sebelum bangun tidur
  • Dulu minum and makan suplemen , sekarang tak dah , tapi maybe akan makan balik :) (AuraWhite,ESP Shaklee)
Okayy , emy tahu tu basic , dan ada yang buat benda yang sama :) , Tapi tula cara emy , sebab ada yang tanya kan , so tu la emy kongsikan ;) , padahal muka emy paling ketara masalah nya , pigmentasi dengan Blackead kat hidung hehee :P 

Yang penting jangan lupa MINUM AIR PUTIH okay ? ! 

Selamat Menjaga Wajah ! :D





wajah terbaru :) 
lewat usia 21 tahun ni hehehe :D 
(gedik ngade lebihhh haha )


<3 p="">

Saturday, August 31, 2013

Rindu

Secara tidak sengaja , 
aku terkenang , 
teringat "kisah kita"
yang tak mungkin terulang , 
aku cuba melupakan , 
masih sukar , 
apa jua ku lakukan tetap sama ,
RINDU
RINDU 
DAN 
RINDU !
bantulah aku untuk melupakan semua , 
sekian lama terpisah, 
mengapa masih "kau" jua 
Masih singgah 
di kotak "minda"
tahu kah kamu
bahawa ,
hati ni belajar
"membenci"
tapi "tidak bisa"
menerawang fikiran
masih 'RINDU" 
hapuskan semua , 
beriku kekuatan , 
ucap kan BENCI
agar ku bisa lari !
ku mohon , berjuta pinta, 
lepaskan dari belenggu ini.
Ya Allah , permudahkan urusan ku :'( 






nukilan ikhlas 
(TAK ADA KENA MENGENA ANTARA HIDUP ATAU YANG MENINGGAL DUNIA) 

Saturday, August 03, 2013

Assalamualaikum , dan Selamat Hari Raya Aidilfitri :)


                                                SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 









Hai semua warga blog :) . Dah lama rasanya emy tak update blog ni , bersawang dah haa . Huhu . Okay , macam tahun lepas emy banyak update , dan ada entry untuk hari raya dan puasa kan ? tahun ni tak sempat buat "bulan puasa" punya . Sebab busy sangat sangat :') . Tapi , ni ada kesempatan dapat lah buat entry "RAYA" yeayy ! hee . oppps terOver pulak , puasa tak habis lagi emy oiii!!

Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia ni . Rasa sedih je . Sebab bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan , bulan yang paling banyak kita boleh kumpul pahala , in sha Allah dengan izin Nya kan :) .

Jadi setelah sebulan kita berpuasa , menahan lapar , dahaga dan nafsu kita . Maka sampai lah kita pada hari KEMENANGAN kita , iaitu HARI RAYA AIDILFITRI .

Di sini emy ingin memohon ampun dan maaf pada semua , terutamanya yang mengenali diri ini . Cik Nurul Aminatul Aisya ( Emy Aisya ) , keluarga dan kawan kawan semua , jika ada salah silap , terkasar bahasa , terlepas cakap , terhamun , tersombong , terlebih , terOver or yang tak baik tu , harap di ampun kan ya :') . Kosong kosong k . Emy pun dah maafkan semua nya . Jadi kita muhasabah diri jadi lebih baik . In sha Allah
.




Comel kan budak budak ni ? 
haa , kita jadi cam dorang la :)
eratkan Silaturahim ^^ 



Khas untuk : 

ahli BLOGGER :) 
Family :)
Kawan kawan :)            ASSALAMUALAIKUM 
                                :-)





wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat