CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 21, 2012

Tomyam Ala "saya" simple jea hee

okay , atas permintaan si kawan yang comel :) , cik Farah hee
ni saya bagi awak :) . maafla kalau tak perfect , saya pun masih belajar hee :)

get ready ? go ! :D

bahan bahan
-ayam ( biasala kan hehe )
-saderi
-lobak ( ikut banyak mana awak suka :) )
-kobis "
-bunga kobis "
-kiub tomyam
-daun limau purut ( koyakkan , dalam 2-3 helai pun ok )
- bawang besar ( potong bulat ) , bawang merah boleh + bawang putih pun boleh , tp saya guna bawang besar je , ( ikut suka berapa banyak , boleh agak2 ) ;)

Cara cara
saderi tu potong serong , ( sebatang boleh,separuh boleh tengok berapa orang mkn) :)
lobak , bunga kobis , ayam semua potong ikut citarasa anda :)


1. tumis bawang besar ( naik wangi or warna perang )
2. masukkan air . (sukat banyak mana nak kuah dia )
3. masuk kan kiub tomyam tu .
4. masukkan daun limau purut , tggu sekejap . ( kacau)
5. masukkan ayam , ( boleh agak agak dia masak sikit )
6. masukkan garam ( secukup rasa , kalau yang nak pakai perencah boleh jugak ,tp saya tak hee)
7. masukkan sayur lobak dulu .
8. masukkan kobis, bunga kobis
9. kacau , kalau nak tutup periuk pun boleh , tapi saya tak la . hehe



ni simple by saya , tomyam macam2 cara , tapi ni saya punya , sorry kalau tgk macam tak sama dengan yang lain hee

boleh masuk tomato dan macam macam lagi :) . ikut citarasa awak , selamat mencuba :)

kalau nak yang PRO . tanya yang pakar yea hehehe :P

Wednesday, June 20, 2012

yummy! mee tomyam

nyum nyum , sedapnya la kan Tomyam :) siapa suka tomyam ? angkat laptop , Pc dan sebagainya HAHA :p . senyum pepagi , sangat membuatkan anda awet muda hihi :D , ada kaitan ke ? eh mestilah ada , so senyum selalu :) , eh dah lah ,nak cerita pasal MEE TOMYAM bukan nak merepek ke lain hehe .
okay , menu special , kesukaan saya haha , koya koya , tapi takboleh lawan MAMA masak la hee . MAMA masak takde tandingan nya ,tak kira lah Chef tree ke , chef Ten ke haha :P .
kalau makan , mesti menghirup sampai ke titisan terakhir hahaha , cehwah :D .
sekarang dan pandai la sikit sikit  dari dulu tak pandai pape :P , tapi tomyam biada jea la , tomyam ayam :)
tomyam FULL , masih dalam proses , tapi takpe , at least try kan ? :) .
nanti nak jadi bini orang senang hohoho , (berangan aje kejenya) umur tak besar lagi , berangan kan ? hahaha . (20 tahun 2012) :P . apelah tu pun nak mention , poyo nya aku haha .
okayla , malas pulak nak menulis pepanjang . ni la mee tomyam nya . Nampak Sedap ke Tak ? hihi :)
handmake Hahaha :P

nyum nyum :)

k Adiosaa :)

Sunday, June 17, 2012

tersirat di hati

tiada siapa yang tahu
perasaan terpendam ,
adakah ia dapat 
mentafsirkan,
sesuatu yang terbuku ,
apakah yang TERSIRAT
didalam nya , 
yang benar benar tahu
akan memahami , 
apakah ia , 
mudah untuk Didekati , 
susah untuk Disayangi , 
senang menangis,
senang Gembira ,
lumrah hidup ,
apa yang tersirat , 
yang TAHU KASIH SAYANG
boleh mengetahui Naluri Hati ini .
Pendam mungkin lebih baik ,
dari MELUAHKAN ,
cuba Tersenyum dalam Duka,
Suka bila hati Terluka ,
kenapa ?
entah mengapa 
Cuma ada satu rasa sahaja 
Rasa
SUKA ,
SUKA PADA DIA :) 

Thursday, June 14, 2012

bulan & bintang

cantik sungguh ciptaan ALLAH S.W.T kan , indah sangat , bila kita tengok rasa tenang je hati :)
aku memang suka tengok bulan dengan bintang , kalau rindu seseorang kita boleh nampak cerah je warna dia :) ( eh yeke ? ) andaian sahaja lah , bukan betul pun hehe . cahaya paling terang , cantik sangat bersinar , eh yeke ? hee . apa pun , kalau rasa sedih pilu , selain dari kita berdoa pada ALLAH , kita menikmati ciptaan Nya yang tak dapat di cipta oleh siapa siapa pun , hargai lah ia :) kerana Dia sahajalah memberi kita ketenangan ABADI :) .



sumber dari ( google ) 




saya suka BULAN ,& BINTANG , awak ? :)

Wednesday, June 13, 2012

kenapa aku "kuat" cemburu ?

haishh , perasaan yang dah lama aku nak buang ialah "KUAT  CEMBURU"
tapi apakan daya , manusia biasa yang , tak boleh terlepas dari perasaan itu , patutnya boleh kawal , tapi alhamdulillah , masih boleh :) . tuhla orang kata jangan sayang orang sangat sangat nanti merana kan ?
so ala kadar je :) , tapi serius , saya dia sangat hehe ( degil ) . apa pun thanks kat dia , menyayangiku setulusnya , cehwahh :P .
"awak maafkan saya kuat cemburu " , saya sayang awak tau , tapi jangan risau , saya tahu batas batas nya :)
sebab saya cemburu , awak terlampau Baik dengan saya ( eh ada ke ? ) huuhuhu adelah kan :P
yang penting , ( aku mesti kuat , tabah dan redha dengan setiap ketentuan ) :)
INSYAALLAH :)

Saturday, June 09, 2012

HaTi ?

aku ada hati , kau pun ada hati , jadi jagalah hati itu , berilah pada yang menghargai , bukan pada yang tak sudi . pada hati kita mengadu, pada hati juga kita keliru , keliru membuat pilihan , yang kadang kala tak menentu dan tak pasti adakah ia benar atau sementara .
hanya kita sahaja yang tahu hati kita , menilai seseorang dengan ikhlas nya , hati juga membawa pada bahagia , hati juga bawa kita pada derita  . maka hati kita juga lah memberi kita sinar Bahagia :)
kerana hanya Dia yang tahu apa yang ada dalam hati yang tersirat jauh di sudut pancaindera . :)


Hati 
kau bawa aku kepadanya
kau beri aku cahaya
mengenali dia
memberi dia ruang
dalam hatiku terima 
cinta baru
aku tak bisa menipu
sesungguhnya aku sangat
sayangkan dia ,
tak bisa jauh darinya
rindu dia setiap waktu , 
kau beriku nafas Baru :) 
untuk mencintainya Tanpa
Jemu . 

Sunday, April 15, 2012

dunia fotografer , insyaALLAH tercapai .

assalamualaikum semua , lama dah tak update blog ni , bersarang dah , tak tahu jadi macam mana . hehe .
dah jadi tak berapa reti nak "kendalikan" hehe .
tak mahu cerita panjang panjang , ringkaskan cerita . nak cerita pasal Dunia Fotografi .
Saya tahu ramai yang minat kan ? saya pun hehe , cuma saya takde camera DSLR , just CAMERA DIGITAL jea saya gunakan . saya suka ambik gambar . just "suka suka" :) . tapi minat dalam bidang ni , cuma kurang GALAKAN jea dari keluarga , KEMAHIRAN DAN ASAS tak dapat di mana mana lagi ,tapi saya cuba buat suka suka , amik gambar , saya tahu memang gambar yang saya amik tak berapa "menarik" tapi tak salahkan cuba ? merealisasikan ANGAN ANGAN ^^, walaupun hanya tatapan sendiri :)
disini saya nak kongsikan sedikit gambar2 yang saya amik secara tidak sengaja hehe
kalau sudi nilai la . dan TERIMA KASIH banyak banyak . jika ada yang sudi komen :)

Tak Salah Jika Kita Berangan
Jika Disulami Dengan Usaha :)
INSYAALAH ^^,


Cute kan ?


delyybird :P




delyybird :P



keyboard ku hahaha (kantoi tak bersih)


samsung :)




samsung Champ :)


kulit majalah :)





semua ni hanya cita-cita 
Wishlist saya memang nak sangat dapatkan DSLR
INSYAALLAH . :)
jika anda berminat 
Teruskan ^^,
mungkin anda juga ada bakat terpendam 

okays

terima kasih

ASSALAMUALAIKUM 

^^,

wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat