CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 02, 2014

Kenangan dan Pesanan “AYAH”

                                   Ayah ! Kaklong Rindu :'( 


Semuanya ingin ku cerita kan bermula pada tahun 2014 , Tahun yang sangat mencabar bagi aku , tahun yang membuatkan aku “lemah” . Tahun yang buat aku kehilangan selamanya ayah tersayang . Pada awal tahun, semua nya berjalan lancar,gembira , Dan kali pertama dan terakhir ayah menghantar ku ke Selangor untuk sambung belajar. Perjalanan hidupku di tempat orang pada mulanya Alhamdulillah berjalan dengan baik sekali , mungkin kerana restu ibu bapa , aku disana sangat gembira , hati senang , dan dapat menumpukan pelajaran dengan baik. Dari bulan Januari Hingga Mac tahun 2014 , aku banyak mencapai kejayaan untuk diri aku , aku sudah pandai berdikari, tak manja lagi , aku boleh menyesuaikan diri dengan keadaan, orang orang baik dengan aku,aku terasa bertuah , Rupanya , keceriaan tu tak lama untuk aku, Pada bulan Mac, ayah telah mula sakit , sakit kuat , adik aku tak sanggup cerita kan pada ku kerana aku sedang belajar,dan tak mahu aku banyak berfikir, rupanya ayah dah mula demam , tak sihat badan awal bulan Januari , aku hanya ingatkan mungkin ayah “demam rindu” kerana tak pernah aku jauh dari arwah sejak dewasa ini . Cerita bermula , selepas ayah tidak larat untuk bekerja , tak larat untuk bangun , makan tidak boleh , muntah muntah setiap masa , badan semakin susut , hanya terbaring di bilik , mengharap belas ihsan kasih saying mak dan anak anak . Masa itu aku tiada di sisi , Dan segala cerita yang aku dengar sangat meruntun hati , jauh disudut ianya sangat perit , kerana aku tidak melihat dengan mata sendiri , Pada hari lahir ku yang ke 22 , Untuk kali pertamanya , ayah mengucapkan “Happy Birthday” pada aku melalui SMS ,dan aku tak sangka itu juga yang terakhir , dan aku dengan niat “akan simpan sms tu” sebelum ini apa apa sms yang biasa biasa aku takkan simpan , tapi aku tidak tahu mengapa aku rasa sms itu sangat PENTING bagi aku , dan aku berhati hati supaya tak terpadam sms itu . Rupanya itu satu petanda  :’) dan dalam tahun ini , bulan bulan sebelum nya bulan JUN , aku hari hari mengingati ayah , menulis segalanya tentang ayah , dan untuk pertama kalinya dalam hidup aku,aku terlupa wish birthday ayah pada 17 april , mak mengingatkan aku , dengan menelefon ku , tapi sumpah demi Allah , aku taktahu macam mana aku tak teringat langsung hari itu hari lahir ayah , Memang aku terkilan dan aku merasakan kenapa dengan aku , apa tak kena?Pada cuti April mid sem , aku pulang seminggu ke Temerloh , dan pada masa itu aku lihat keadaan ayah , sedikit membaik , tetapi , ayah dimasukkan ke wad kerana ingin membuat pemeriksaan , kenapa muntah muntah , bila makan taknak masuk perut , mesti keluar balik makanan. Penyebabnya tidak diketahui.Hmmm . Itu sebahagian keadaan yang aku lalui pada tahun 2014 ni . Dan yang buat aku sampai sekarang terngiang teringat adalah kata kata ayah , dari dulu sampai sekarang , kenangan , gurauan yang tak pernah putus, nasihat , marah , kasih saying yang tetap aku ingat sampai bila bila , kerana ayah tidak aka nada penganti di hati aku selamanya , ayah seorang yang sangat penyabar , penyayang dan baik , walaupun ayah tak tunjukkan dari segi kata kata , tapi cara arwah aku dapat lihat , dan kadangkala aku menyesal , kenapa aku menjadi anak yang sangat degil dan tak dengar cakap , nak diulang masa itu tak mungkin lagi , sebab tu hargai bila ada :’( .Kata kata terakhir arwah ayah 2 minggu sebelum meninggal , yang aku ingat , selalu ingat .“AYAH TAK DAPAT JAGA KAU DAH , KAU JAGAN DIRI ELOK ELOK”Dan disaat semasa aku bersama ayah dibilik , teman ayah berborak sempat mengusik ayah , membelai ayah , dan terbit kata kata yang tak pernah keluar dari mulutnya sebelum ni , dan ini paling menyentuh hatiku .Sambil aku pegang tangan ayah dan berkata “ AYAH , TANGAN KANAN NI BENGKAK , KIRI NI TAK “ dan ayah berkata sambil merenung aku dengan mata jernih “ KAU SORANG JE BUAT AYAH MACAM NI , CAKAP MACAM NI “ dalam hati aku , YA ALLAH ! kenapa ayah berkata begitu , sejak umur aku dah mencapai 22 tahun , ayah tak pernah cakap ayat sebegitu , kerana ayah seorang yang malu dan diam . Dan dari situ , aku terasa yang mungkin aku takkan bersama lagi dengan ayah , Tapi hati aku tetap tabah dan kuat yang ayah akan cepat sembuh dan macam dulu dulu , tu harapan aku , Tetapi selepas 2 minggu aku dirumah , aku mengambil cuti lagi seminggu , kerana aku tak sampai hati nak pulang ke Selangor awal , dan satu lagi perkara iaitu “soalan” dari ayah , yang membuatkan aku berat nak pulang ke asrama , “KAU BALIK BILA? Aku menjawap “PAGI ESOK AYAH” dan ayah menganguk akur . Aku perasan dan tahu niat hati ayah tak bagi aku pulang , tapi apakan daya aku masih belajar , keesokan nya aku patut pulang , tapi mengenangkan yang ayah sakit , aku takde hati mahu pulang , jadi aku teruskan lagi cuti , malam nya pula , ayah minta air Vitagen , kerana sejak ayah sakit , hanya Vitagen perisa Anggur je yang boleh masuk ke mulut ayah , makanan semuanya tidak , hamper 2 bulan lebih ayah tak makan , hanya minum Vitagen , bayangkan ? kalau aku , aku taktahu menanggung rasa tu , ayah sabar dan tabah , ayah kuat ! sambung cerita tadi , ayah meminta ku mengambil Vitagen di peti ais , aku ambil dan berikan pada ayah , bangunkan ayah dari katil , dan ayah duduk , aku dihadapannya melihat gelagat ayah minum sambil ayah bertanya lagi “KAU RASA SELAIN VITAGEN , AIR BUAH MACAM NI ADA LAGI HARGA MURAH TAk? SEBAB VITAGEN NI KIRA MAHAL KALAU AYAH NAK MINUM HARI HARI “ aku tersentuh , nak menangis depan ayah rasa, tapi aku gagahkan diri menjawap , “KITA RASA ADA AYAH , NUTRIGEN , KITA RASA MACAM MURAH SIKIT , NANTI KITA G TENGOK KAT KEDAI YEA” aku pun tak pasti harganya , tapi sekadar menyejukkan hati ayah , Dan aku berkata “ TAKPE AYAH MAHAL SIKIT , YANG PENTING AYAH BOLEH MINUM UNTUK TENAGA” ayah teruskan minum :’)Ya Allah , syahdu rasa hati aku , kerana aku terlalu rapat dengan ayah dari kecil , dan aku bersama ayah dari kecil . Manakan mudah lupakan semua itu , Memang benar tak baik menangisi kepergian , dianggap tidak redha , tapi sejujur nya AKU REDHA KETENTUAN ALLAH S.W.T , tapi kenangan itu membuatkan aku terasa sangat sangat .Setakat ini dulu cerita aku , mungkin akan bersambung lagi , luahan hati yang terbuku , Kerinduan yang takkan pernah berhenti . Semoga Ayah tenang di sana , Dilimpahi rahmat Allah S.W.T , ditempatkan dikalangan orang yang beriman , Syurga buatmu ayah , AYAH YANG PENYABAR ! :”)



                                      “AL  FATIHAH AYAH”                                                                                               MAZLAN BIN AHMAD                                                                                                   “17 APRIL 1962”                                                                                                       “8 JUN 2014”


Monday, June 30, 2014

Ayah :')

Assalamualaikum 
Hai semua , lama dah tak menulis ni , lama sangat tinggalkan dunia blog :') , Al maklumlah , busy sangat , sejak sambung belajar , masa pun dah tak berapa nak ada untuk menulis , sedangkan rindu nak membebel kat sini . 
Okayy . Belum terlambat nak ucapkan "SELAMAT BERPUASA" untuk semua umat Islam , hari ni hari kedua Ramadhan , Alhamdulillah . Dapat kita bernafas lagi di bumi Allah ini . Syukur. 
Panjang bebel ni , nak cerita sikit , kenapa dengan tajuk "AYAH" tu . 

Puasa tahun ni , puasa tanpa ayah :') AL FATIHAH . 
rasa rindu masih lagi bersarang dalam hati , kadang kadang fikir , macam mana nak lalui hidup ni tanpa ayah disisi , rasa macam terlalu cepat , terlalu awal untuk emy hadapi , tapi ini semua ketentuan Allah S.W.T kan . Allah amik arwah , sebab Dia sayangkan arwah . Ayah meninggal 8 Jun 2014 hari ahad pukul 11.20 am . Hari yang tidak akan dapat emy lupakan . Rasa masih tak percaya , rasa macam masih ada . Walaupun hakikatnya tiada , tapi terasa ada :') . Sekarang baru emy faham yang bila orang tiada ibubapa macam mana , hargailah selagi ada ye kawan kawan :') , Sesungguhnya , diri ini banyak salah , rasa tak dapat lagi nak balas semua , nak buktikan , nak tunjuk kejayaan pada ayah , tapi tak sempat semasa hayatnya , in shaa Allah . Kita yang hidup teruskan hidup dan terus buat ayah bangga :') , Masih mempunyai mak dalam dunia ni , bersyukur sangat sangat . 

Ayah
Kaulah wira
Kau tiada tandingan
Tiada insan sesabarmu 
yang akan aku jumpa lagi :')
belum sempat aku
benar benar dewasa
kau meninggalkan ku ,
aku masih perlu "jagaan"
bimbinganmu ayah ,
tapi , kerana Dia lebih menyayangimu
aku redhakan , 
sesungguhnya 
dosaku padamu terlalu banyak ,
aku harap kau ampunkan
segala dosa anakmu ini.
Walau ayah sudah "pergi"
aisyah
janji 
jaga mak dan adik adik ,
tak nakal nakal lagi :')
Semoga kita bertemu di sana ya Ayah :')
AL FATIHAH 


MAZLAN BIN AHMAD
AISYAH SAYANG AYAH SANGAT SANGAT ! :'(

wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat