CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 28, 2012

Mae Nak ! nak tengok ! hihi :P jom jom

emy sejak 2 menjak ni , nak tengok je Mae nak ni hehe , nak pergi GSC ke , tunggu Youtube ke , or CD ? oppps hehe . Okay , now im very very obses ! haha . minat cerita seram :P , tapi kadang kala penakut nya ya amat haha , so cam mano nak tengok nanti ni ? Ahhh sapa kesah kan ? aku nak tengok suka hati lah kan hehe :)
serba sedikit tentang cerita ni
Jom baca ^^, . in english :)
improve kan english haha :P


Release Date: 26 July 2012
Language: Thai
Subtitle: English / Malay / Chinese 
Genre: Horror
Running Time: 1 Hour 34 Minutes
Director: Chotiphun Nithiwuchara
Cast: Bongkot Kongmalai, Chumporn Theppitak, Rangsiroj Panpeng

Synopsis: The story of Mae Nak Phrakhanong, a figure of horror and despair from one of Thailand's most enduring ghost legends, has been told through movie for decades. Now Mae Nak will appear in a very different way this time in 3D experience. Nak, a heavily pregnant woman, dies with her stillborn child while her husband, Mak, is away at war. When Mak returns, he doesn't know that his family is dead and continues to live with Nak unaware that she is actually a ghost."







The movie “Mae Nak” is adapted from one of the most enduring Ghost Legend in Thailand which has been told through a few movies for decades. Mae Nak is in love with Mak. They are married with each other. Not long after their marriage, Nak has become pregnant. However, Mak received a letter by government which is to notify him that he is selected for war in Bangkok. He has to leave his wife behind for months. Sadly, when Mak is not with Nak, Nak dies with her stillborn baby during the delivery of the baby. When Mak returns home, he is unaware that his family is dead. But due to the strange actions seen in Nak, Mak starts to notice that there’s something wrong with his family. What will happen to this ill-fated couple then?

Find out at your nearest cinema from this Thursday onwards then.

As you all know,the movie "Mae Nak" is based on the Famous Ghost Story in Thailand. So I won't comment too much on the plot. However, in my opinion, the story does feel like a Thailand version of "The Legend of White Snake" but without those fighting actions like in the Jet Li's version of "The Legend of White Snake".

The Visual Effects are not convincing and the suspense in the movie is quite predictable.
Some scenes are poorly scripted till their original effect which is to cause fear to audience has actually turned out to be silly. However, I am not sure whether the effect will be different if in 3D. 

The sequence in the movie is also quite confusing at times whereby flashbacks are intermittently chipped in in-between the scenes which can cause the audience to lose track sometimes.

However, the story itself is actually quite a sad one. And the movie is really able to deliver the story of the legendary Mae Nak to the audience in a not too horrifying but understandable way.


huhu 
make me
Silent scream !!
Arggghhh
hahha :P

Jom wacthout! :D


like this movie because :)



Adapted from one of the most famous ghost story in Thailand. :P 

Thursday, July 26, 2012

Achik Spin & Siti Nordiana - Cinta Sebenar Cinta



my turn bagi lagu pulak  :)
lagu untuk awak hee :)
azmanhasani:)

Dengar makna dia betul2 tau hee .

Spoon-Sepenuh Hati Cover > Thanks cumi1569< ;)



Aww , aku ni giler betul kalau orang main gitar hehe :P
Thanks la cumi1569  sebab buat aku lentok dengan suara dan cara kau main gitar , aduhh cair der ! hihi :P
cair dengar je k , not cair kat dia huhu :P

Sepenuh hati cover by CUMI1569 terbaikk!
Jom sama sama dengar ^^,

Tuesday, July 24, 2012

cengeng ! :"(

Cengeng sangat kenapa ni ? 
kenapa ?
kenapa ?
kenapa?
apa lagi yang tak kena ni ?
sabar lah , 
rilex la , 
Semua akan okay , 
kenapa nak sedih je ni , 
kenapa rasa "kehilangan"
sunyi 
sangat ni ?
alaaa
Bosan nya macam ni . 
Tolong tenangkan
saya please :"(
tolong buat saya jangan fikir , 
buat saya happy , 
buat saya jangan bingung kan saya ?
jangan bagi "ingat"
tolonggg :(

jom jiwang ! hee :) . awakk yes im here :) ( wish you were here )





:-)


:-))


:)





:)




:-) <3




Nasi ayam today ! Handmade & mummade hehe

Assalamualaikum semua :)
Tadi berbuka puasa :) cik emy kenit ni bersama my lovely mum masak nasi ayam :)
Okay , ni lah salah satu feveret kitaorang satu family :) sekali masak memang licin hehe .
Biasa lah air tangan "mak" tiada tandingan nya , so emy tolongla sikit sikit hehe . Emy boleh dikatakan baru belajar nasi ayam ni hehe :)
Okay , sup emy buat hehe , ayam & sambal my mum hehe :P .
Yummy , licin lepas makan tadi , kenyang , dan bersyukur sangat , thanks mak ! sayang mak ! sayang ayah , sayang semua hihi <3

okay . Walking picture hee .


ayam :)
sebelum di goreng hehe :)


ayam tengah digoreng :)



menghiasi pinggan haha :P



memotong ayam by mama :) hehe
( aku capture jela ) haha


view 1




view 2


view 3
okay , ayah aku suka salad 
dan sayur banyak banyak hehe :)



hehe :) 
yummy !


hidangan berbuka hari ni:)
sampingan 
-karipap dan keria-
hehe :)
-kenapa ada "paper"-
makan sambil membaca haha :P
(bagus:P)
( eh makan takley bacalah
mak emy letak sebab kami ni
comot makan hihi ) 
kantoii . 


okay , alar kadar cukup kan hee :)

gambar sup yang emy buat , tertinggal
tak sempat upload :")
tapi 
gambar atas tu la
SUP nya hehe :)
( mak kata okay , good try haha)
koyaaa :P 
aku rasa entah bese je haha

:-))

thanks sudi baca ^^,









Akhirnya dapat "petik" Mr G haha :P

Assalamualaikum semua :)

Tengokk entry cik kenit emy tuhh , apa tuh ? Mr G ? APAKAH ? hehe .
Entry dulu emy ada cakap teringin sangat nak Mr G ni kan :) , So balik kampung first day puasa hari  tuh :)
sepupu semua ada balik , so dia ada gitar :)
En Shah Rizal namanya . :) okay , so kami pinjam Mr G beliau :) thanks la yea hehehe .
okay , emy takdela pandai pun bermain dengan alat muzik , setakat goreng suka hati boleh la , tapi masa tuhh emy praktis kodd je :P hehe , tapi my kazen pandai main lagu jiwang jiwang :) , so request one song , dia mainkan lagi misteri mimpi syakilla , aww awsome ! haha :) not badd la :)
then teh latest song now , yang popular , tahu kan ? ANDAI KU BERCINTA LAGI ( MOJO ) my feveret one juga , dia mainkan , thanks yea sepupu ku hihihi :P .
Aku dengan adik aku eqa , sangatlah teruja , lagi lagi budak kecik tu ( eqa) dapat Mr G "giler" terus hahaah :P
Mr G ? nak tahu ? GITAR la hee :D .
okay takmau cerita panjang panjang , tengok la cik kenit emy dan cik eqa ni "merapu" mengitar haha bahasa apa ni hehe :P .

Goreng jangan tak goreng ! haha :P
koya + poyo yaa amat lahh :D




CIK EQA :)
wahh
najwa latif II 
hehe

Abaikan muka poyo ni
(penat puasa lah konon haha )



okay , rumah tengah reno :P
yang kami ni sibuk meng"ketik"
huhu
(memetik la)


aduyai
memang lawak betul gambar ni kan hehe :) pape pun thanks sudi baca entry
MERAPU 
NI :)
assalamualaikum 

emyayanurisya
:-)


Monday, July 23, 2012

Majlis Perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun) , aww awsome ! :)



Assalamualaikum semua :)
Haa jom sama sama tengok video ni :)
Budak umur 16 tahun dan 14 tahun kahwin :)
cayalah , eh kat malaysia boleh ke ? bukan 18 thn ke atas ?
Rasa rasa macam area Sabah , sarawak tak pasti .
Jom layan

cute juga :) semoga kekal ke akhir hayat
Jodoh telah ditentukan olehNya , tak kira masa , umur dan rupa :)

Sunday, July 22, 2012

Sebenarnya saya





Itulahmaksudsebenarnya


Tidak Sempurna

Tidak Sempurna , 
Tidak tahu apa yang ditafsirkan,
Terkadang silap dipandangan,
Hanya diri sendiri sahaja yang tahu , 
Betapa pedih hidup ini.
Tiada siapa mengerti,
Berbalik hanya mengerti orang lain,
Hati kecil sering meronta,
kadang kadang
BODOH!
seperti tidak berakal waras,
Hanya mengikut telunjuk orang , 
Tak pasti hati ni bagai "ditendang",
Perit rasanya,
Kering air mata mengalir , 
Tidak sempurna di mata sendiri,
mahupun orang , 
HINA
sentiasa,
apa perlu lagi dilakukan
Hanya sendiri dan sendiri , 
Mungkin silapku
Tak tahu menilai,
tak tahu apa yang patut , 
Apa salah nya diri , 
Asyik diherdik ,
Tidak cukupkah ?
atau hanya memang "permainan"
MANUSIA
yang tak tahu 
menilai diri . 
Bukan diri tak cukup "baik"
dan memang tak "sempurna"
hanya bila bersuka
berduka sendirian 
:(



Menanti Saat Pergi 

Saturday, July 21, 2012

Cinta Halal dan Hikmah Istikharah


Assalamualaikum semua :)
Cinta Halal dan Hikmah Istikharah :)

Jom singkap . 
Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri
**RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ"***
"Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah
Itulah dia Cinta.."
"Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."
**DIPETIK DARI FILEM "KETIKA CINTA BERTASBIH (1)"***
Melayari kehidupan dunia bagaikan melayari ombak yg sentiasa tidak tenang, dengan tenggelam timbulnya pelbagai perasaan dan emosi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui kehebatan dugaan ini.
Terutama apabila dikaitkan dengan perasaan dan rasa cinta fitrah yg diciptakan Allah bersama-sama penciptaan kita di dunia ini, sama ada yg bakal dialami atau sedang dialami oleh sesiapa sahaja, terutama golongan remaja.
Pelbagai ragam disaksikan oleh seluruh dunia, akibat penangan cinta yg diibaratkan api menyala-nyala, yg mana lagi disimbah, lagi marak ia menyala.  Sehubungan itu, utk memadamkannya terus pasti sesuatu yg mustahil utk dilakukan.
Namun, jika ini fitrah dariNYA, maka yg pasti DIA tidak akan menzalimi hambaNYA, dan sudah pasti tersedia satu panduan pengawalan kepada fitrah ini.
Sebagaimana diketahui, nyalaan api memang membahayakan jika dibiarkan, namun jika dikawal dan diekploitasi dgn baik, berbahaya akan bertukar menjadi bermanfaat, seperti utk dijadikan bara memanaskan badan, atau untuk dijadikan tempat memanggang.
Apakah panduan yg DIA sediakan itu? Jawapannya adalah sunnah Rasulullah SAW yg amat menggalakkan perkahwinan.  Kerana hanya kahwin dapat membendung fitrah ini, cinta yg halal disebabkan satu ikatan suci.
Dalam mencari keredaanNYA, perjalanan utk mendapatkan cinta yg halal itu perlu diambil perhatian sebenar-benarnya agar tidak terpesong dek desakan dan hasutan Iblis dan konco-konconya dalam memperindahkan maksiat kpd Al-Khaliq SWT.
Oleh itu, di sini diberikan satu garis panduan dalam mendapat keredhaannya dalam menelusuri medan pencarian cinta yg halal, dengan berpandukan Ayat 235, Surah Al-Baqarah:
وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."
Walaupun ayat ini, diturunkan bagi penerangan cara melamar dan mengahwini wanita yg masih dalam iddah (dari penceraian hidup atau mati), namun caranya masih boleh dipraktikkan dalam pencarian cinta halal yg diredhaiNYA sentiasa.
Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, berikut dinyatakan langkah yg perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan mendapatkan cinta yg terbaik lagi halal, apabila seseorg lelaki berkenan kpd si dia (perempuan) sebagaimana dinyatakan dlm ayat di atas:
(1) Menyatakan perasaan melalui sindiran dgn kata2 kinayah/berlapik (tersirat) yg baik-baik
(2) Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya di kalangan org lain, tidak kepadanya secara jelas.
(3) Dilarang sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan perkataan yg tidak sepatutnya secara jelas dan boleh membawa kelalaian dan kemabukan cinta, seperti melafazkan (Aku Cinta Padamu, dan Aku berjanji akan berkahwin dgn mu), tetapi memadailah sekadar kata-kata kinayah/sindiran yg baik (antara sindiran yg baik, saya tertarik/minat dgn mu!) dan yang penting disusuli dengan pengetahuan wali/keluarga.
Daripada langkah yang disebut jelas oleh Allah SWT sebagai panduan, perlu ditekankan juga, segala-galanya juga perlu disandarkan dengan pergantungan kepadaNYA iaitu dengan ISTIKHARAH. Yangg pasti, tiadalah penyesalan/kekecewaan/putus asa bagi yg meminta petunjuk keputusan dariNYA.
Dinasihatkan dalam sebuah athar :
ما خاب من استخار ولا ندم من استشار
Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)
Dengan mengikuti cara-cara yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan, dan dengan doa lengkap baginda ajarkan khas utk ummatnya, maka InsyaAllah di sana akan ada petunjuk terbaik.
Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusanNYA yg menentukan terbaik utk kita, kerana "Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yg BUKAN HAK manusia utk memikirkannya.."
Tentang jawapan atau petunjuk Istikharah, tidak menjadi kemestian melalui mimpi atau sebarang petunjuk tertentu, dan kadang-kadang/kebanyakan petunjuk mimpi bukanlah petunjuk yg paling tepat kerana kita bukanlah seseorg yg bersih hatinya, dan kemungkinan mimpi kita telah diganggu oleh Syaitan untuk memayahkan kita dengan jawapan itu.
Justeru, apa yang dianjurkan adalah istikharah diteruskan sehingga ikatan pertalian telah selesai dilaksanakan, dan jawapan sebenar kepada istikharah adalah kelancaran perhubungan kita dengan si dia, tanpa ada sebarang halangan di tengah-tengah jalan.
Berikut adalah beberapa bentuk jawapan yg bakal kita dapat hasil istikharah berterusan dan hikmahnya.
(1) Jika diberi petunjuk positif, maka Alhmdulillah.  Dan teruskan istikharah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA.  Hikmahnya adalah TIADA RUGI..
(2) Jika negatif jawapannya, maka itu lah dia hikmah Istikharah iaitu TIDAK KECEWA.
(3) Jika lambat mendapat keputusan maka hikmah Istikharah iaitu TIDAK PUTUS ASA.
Wallahu'alam..
Kesalahan yg biasa dilakukan oleh dua pasangan dalam istikharah, di sini ditegur dan disyorkan penyelesaian seikhlasnya utk kedua-dua, sama ada lelaki atau perempuan:
(1) Sekiranya hasil istikharah menunjukkan ketidakselesaan (dan dia merasakan ini jawapan) pada hati kepada salah seorg, maka dinasihatkan memberitahu kpd pasangan dengan sebaik mungkin, dan diberhentikan..dalam masa yg sama istikharah diteruskan.
(2) Jika didapati jawapan adalah positif, maka digalakkan disegerakan perkahwinan berserta diteruskan lagi istikharah, agar tiada masalah di sepanjang pelaksanaan.
(3) Jika belum mendapat apa-apa kepastian jawapan, maka digalakkan meneruskan istikharah dengan lebih istiqamah.
Adalah menjadi kesalahan dan satu kesilapan besar apabila masing-masing membuat istikharah dan mendapat jawapan, tetapi menyatakan "Saya sudah melaksanakan istikharah, dan jawapannya tidak boleh diberitahu (dirahsiakan), cukuplah saya dan Allah sahaja yg mengetahuinya".
Kenapa kenyataan ini salah, walaupun seolah-olah jika kita perhatikan mempunyai unsur-unsur pergantungan yg tinggi kepada Allah?
Betul! pergantungan kepadaNYA begitu tinggi (hablun minallah memang hebat), tetapi ke mana pergi hablun minan nas. Tidakkah dengan jawapan "gantung tidak bertali" ini akan menyebabkan pihak yg sedang menunggu jawapan, tertunggu-tunggu.  Dan ternanti-nanti, malah menyebabkan fikiran pihak itu terganggu dalam segala urusan, hati pihak itu juga tidak akan tenang.
Alangkah baiknya, jika berterus terang.
قل الحق ولو كان مرا
(Katakanlah benar walaupun pahit), kata-kata Hikmah ini memadai utk menjawab segala-galanya, kerana dengan berterus-terang dan jujur, banyaknya kebaikan dan manfaat untuk semua.
Cukup mudah disebut, tapi agak susah dilaksanakan..BERTERUS TERANG dan JUJUR..
Seterusnya, dinasihatkan kepada yang sedang mengalami masalah ketidakstabilan emosi dalam menghadapi gelombang cinta ini.  Tiada cinta yg sebenarnya kecuali hanya selepas dihalalkan dengan ikatan pernikahan, dan untuk ke arah itu, persediaan mental dan fikizal amat penting.
Oleh itu, sebelum melayan alunan cinta, pastikan kita cukup bersedia dengan perancangan ke arah utk menghalalkan perhubungan, bukan sekadar mahu melayan mengikut tuntutan nafsu muda semata-mata.
Jika perancangan belum pernah terlintas atau perjalanan masih jauh, adalah dinasihatkan cubalah sedaya upaya mengawal arus deras cinta yg hanya bakal menghanyutkan.
Sekali kita hanyut, selamanya kita akan menyesal, kerana dibimbangi KAFFARAH (penghapusan) dosa akan diterima apabila kita berkahwin kelak.  Memang alunannya mengasyikkan sebelum kahwin, tetapi apabila setelah kahwin, alunan ini akan bertukar menjadi sumbang dan menyakitkan telinga.

Kerana percayalah, modus operandi Iblis dan konco-konconya hanyalah mencantikkan serta memperindahkan maksiat, dan menghodohkan serta memburukkan ibadah.
Akhirnya, nasihat ringkas untuk semua yg terlibat dgn hal-hal ini, mulakan dengan ISTIKHARAH pada hari ini, bukan dengan menetapkan "nama si dia" tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA "jodoh terbaik untukku"..agar hasil istikharah kita yg berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan.
Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu dirangkaikan dengan keredhaannya semata-mata.
Satu analogi utk seseorg yg bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nakhoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersebut.  Seterusnya, nakhoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua.  Yang pasti setiap bahtera berlainan nakhoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yang bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yg telah dilengkapi sebelum ini.."
"jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit dan masih belum tetap pendirian serta keyakinan, jangan sekali mencuba utk memasuki alam perkahwinan yg menanti dgn 1001 warna kehidupan.."
Walau bagaimanapun, SABAR, TAWAKKAL & TAQWA itulah kunci segala-galanya..
اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب
Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan ( second entry ) :)





Assalamualaikum semua :)
Esok kita dah mula berpuasa , alhamdulillah :) Allah panjangkan lagi umur kita semua untuk meneruskan ibadat kepada Nya , Di kesempatan inilah kita boleh memperbanyakkan amalan amalan soleh :)
InsyaAllah , Dan perlengkapkan diri mengharungi ibadah puasa pada tahun 2012 ini . 
Mengawal daripada segala nafsu , makan , minum dan pandangan kita :) 

Nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan kawan SMK TEMERLOH 
Fana , Ayu , Ana , Ekin , Ryffy , Wani , Fathinah , Dilah , Ipin , Is , Taufiq , Nashran , Alif , 
Afiq dan ramai lagi maaf ta sebut :) 
Rindu korang , semoga puasa ni lebih baik dari tahun lepas yea kawan kawan hehe ( 4 , 5 VENUS ) 2008-2009 :) 

kawan kawan UITM JENGKA PDOO3 :)
Amirah,syuhada,yana,izzat,asyraf,syazwan,tasha,fatin,hana,fiqa,aliff,mimi dan ramai lagi . hehe
Maaf tak dapat lama dengan korang :) selamat berpuasa k :) 

Kawan kawan blog semua :) 
Thanks support Si kenit "emy" bercerita ni , walaupun tak seberapa punya blog hee :) 
Tapi sokongan anda semua sangat saya hargai . Puasa ni kita eratkan ukhwah yea :) InsyaAllah :) 

To my ngade's , gediks maaf jika ada salah silap , if ganggu masa awak :) . Saya faham awak so jangan risau k :) , eley :P yea yea , tak ngade okay hihi , aok pun jangan ngade jugok :D selamat berpuasa yea :) . 

Wah panjang lah pulak kan ucapan emy ni hehe . okaylah . 

SELAMAT BERPUASA SEMUA
ASSALAMUALAIKUM 

:)



INSYAALLAH :)


Thursday, July 19, 2012

Muse - unintended :")



Jom layan lagu ni :)
thanks kawan :)
sangat bermakna .
Saddd :")


You could be my unintended 
Choice to live my life extended 
You could be the one I'll always love 
You could be the one who listens to my deepest inquisitions 
You could be the one I'll always love 

I'll be there as soon as I can 
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before 
[ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/m/muse/unintended_20096954.html ] 
First there was the one who challenged 
All my dreams and all my balance 
She could never be as good as you 

You could be my unintended 
Choice to live my life extended 
You should be the one I'll always love 

I'll be there as soon as I can 
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before 

I'll be there as soon as I can 
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before 

Before you

wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat