CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 29, 2012

aww baby :) . love love love hee

assalamualaikum semua :)

wah baby , eh sape tak suka baby kan ? dah la comel , tembam , eii geram nya .
aku ni pantang betul tengok baby dengan budak kecik , aii rindunya dekat , umairah , ilham , aleya dan irfan .
kak long ( mama ) rindu korang la budak kecik :") .
dan anak anak sedara si "manja" azman hehe . sarah , safiyya , husna , auni , hanani yang comel comel tu , geram nya , bila lah dapat jumpa kamu semua hee :)
hadoi , sambil jalan jalan di layar "internet" ni singgah GOOGLE la mana lagi , search baby picture , okay teruja sangat hehe ,sangat comel . then DL la gambar gambar BABY COMEL , thanks google . nak letak gambar anak anak aku ni , dalam pendrive , lupa pulak masuk dalam lappy . hihi .
seriusly "mama" rindu semua . meh la datang jumpa "mama" ni .
okay . mak angkat aku suruh kahwin , sebab aku ni "GILA" sangat dengan BABY haha . ibu , orang muda lagi :) hee , kalau ada jodoh tak kemana kan ibu , haiyaa , rindu ibu , lama tak balik JERANTUT meh hehe . nanti emy balik yea ibu , kakak , ajai , baby , indra , kak emy rindu korang ( ahh dah lain dari tajuk ,lari tajuk dah macam jejak kasih dah aku nengok hahaha )
okay jom USHA gambar baby comel ni , eiii GERAM NYA AKU . eiiii :P
opppss sorry TEROVER hihi

comelnya , Ya Allah 
geram aku ! eee :P

thanks google :)

cantik + comel
awww




alolo :) 




big eyes baby ! :P <3




so cute !! 
aaauuumm hihi


thanks GOOGLE 
thanks :)
sorry ( copycat)
really like :) 

movie maker :) about ( DIA )

video khas untuk :)
awak . yup awak la , siapa lagi .
sekadar suka suka , untuk hilangkan bosan . :)
tapi sangat bermakna .

UNTUK AWAK :)
ILOVEYOU AZMANHASANI <3

maaf jika salah bicara , saya cuma insan biasa :")

mata panda ? oppss

assalamualaikum semua . :)

entry yang bertajuk "MATA PANDA" apakah ?
mata panda ni , adalah , lingkaran gelap bawah mata , atau mata bengkak , kantung mata yang sedikit sebanyak mencacatkan penampilan seharian kita kan ? tapi jangan risau sekarang banyak cara nak hilangkan nya , so hanya SENYUM :) dan ikuti petua petua yang anda tahu . kat sini saya nak kongsikan sikit petua dan info yang saya tahu , untuk mengatasi masalah "mata panda" ni :)
saya pun mempunyai masalah yang sama , dan saya da cuba , terbukti berkesan :)
tapi tak berapa pasti sesuai untuk setiap individu atau tak , tapi apa salah mencuba , dan tak memudaratkan :)
dijamin ^^,

Cara SemulaJadi

SUDU SEJUK

haa jangan terkejut , sudu sejuk boleh mengurangkan kedut dan menghilangkan kesan gelap bawah mata . caranya macam ni

Simpan sudu yang diperbuat daripada besi semalaman di dalam peti ais , esoknya bolehlah lekapkan behagian belakang sudu di bahagian mata korang selama beberapa saat . Jika sudu tu hilang kesejukkannya,celupkan ke dalam ais,ulangi proses sama beberapa kali . 


( cara ni totally berkesan) :)

UNCANG TEH


Boleh juga mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
caranya rendamkan 2 uncang teh ke dalam air mendidih selama 3 minit 
boleh gunakan pelbagai jenis teh . Setelah uncang direndam , tapis sehingga tiada air , kemudian lekapkan di mata korang selama beberapa minit .

TIMUN


Timun , biasa dah kan orang buat ? tapi saya saja nak kongsikan sekali lagi :)

Hirisan timun perlu diletakkan didalam peti ais selama beberapa jam terlebih dahulu. Hiris nipis nipis dan kemudian letakkan sahaja di mata ketika hendak tidur . Untuk hasil memuaskan , korang boleh lakukan 3 hingga 4 kali seminggu :)

okay , itu serba sedikit petua yang dapat saya kongsikan :)
selamat mencuba ! .


:)


hargailah matamu :) 

Wednesday, June 27, 2012

Istimewa ( aww really like this song ) :)



suka sangat lagu ni :)
kan BEST ada orang nyanyikan ke , mainkan gitar ke hihi ( gedik)
feveret sangat laa :) <3

- walau ku kembara sedunia nyata kau tiada tandingan nya-
( sebahagian lirik ) hee ~

k laa , nak berangan kejap hoho

adiosaa :)

All My Life - K-Ci & JoJo (With Lyrics) lagu yang memberi aku semangat ! :)



All my life I pray for someone like you :)
i love you <3
pepagi kita menjiwangkan diri . :)
selamat melayan .
lagu ni dah lama , tapi makna yang sangat mendalam .
sesuai untuk perempuan, wanita , gadis yang mempunyai jiwa "sentimental"
adeh ayat tak boleh blah pulak kan . hee
ok apa pun
LAYAN ~ :)
ADIOSAA .

MUTIARA KATA :) part 1

"Jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya sebab rupa paras yang elok dapat menyesatkan .
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum , kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari hari yang gelap menjadi cerah :)"

"cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya "

"Manusia tidak dapat mengubah bentuk mukanya , tetapi jika dia mahu , dia boleh mempercantikkan budinya "

"Yang menentukan masa depan anda bukanlah kekayaan , kedudukan dan kebahagiaan yang anda ada, tetapi ke arah manakah akan anda bawa semua itu "

"Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri"

"Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu "

"Lelaki yang berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah "

"Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai "

"Berhati hatilah dengan kemarahan seseorang yang sedang bersabar "

"Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu "

"Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya"

"Bukti terbaik cinta adalah kepercayaan"

"semalam adalah kenangan , hari ini adalah kenyataan , esok adalah harapan"

kelebihan kahwin muda , oppss :)

salam semua :)
haa nak berkongsi , sambil sambil melawat google :) cari gambar sesuai dengan entry cehwah hehe , terbaca majalah DARA.COM berkenaan kahwin muda , hmm , kenapa ek aku nak cerita ?
sebab , adalah hee , okay kat sini lebih kepada nak share apa yang aku baca lah .
berkahwin muda adalah satu niat suci , sementelah pula apabila seseorang itu mampu memenuhi syarat syarat yang sepatutnya . Yang pasti perkahwinan dituntut kerana banyak kelebihan seperti mengelakkan berlakunya maksiat , menjadikan pasangan matang dalam bertindak dan menyelesaikan masalah , menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap pasangan , dan sebagai salah satu cara membaiki diri . Tidak terkecuali , berkahwin pada usia memberikan ketenangan jiwa kerana tidak lagi kesunyian dan angau pada pasangan ( tidak seperti mana sebelum berkahwin ) . dalam sebuah hadis dikatakan bahawa orang yang berkahwin dengan niat untuk menjaga kehormatan diri , termasuk salah satu golongan yang akan dibantu oleh ALLAH SWT.

"Ada tiga golongan yang Allah janjikan akan menolong mereka iaitu :
1 . Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya.
2. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya .
3 . Orang yang berjihad/berperang di jalan ALLAH"
(Hadis riwayat at.-Tirmidzi )

thanks google :D

jika sampai jodoh :) 
insyaAllah 


saja mahu berkongsi :) 



Tuesday, June 26, 2012

KUCING ? ohh No !!

aduyai , KUCING ? adeh kucing , alamak , sorry to say , memang takut lebih takut dari lintah dan pacat tahu tak ? adeh . ni semua budak budak ni la ( azman , azam eiqa ), semalam punya cerita kat mana lagi kalau bukan TALIBAN TOMYAM tuhla , apakah cerita nya ? ok fine suka menyakat aku dengan si kucing , oklah korang suka kucing , eh aku suka , cuma sedikit "takut dan geli" jangah buat aku nak menjerit , ish2 . memang la . Fobia dulu aku masih ingat sampai sekarang masih tak berani , adui dah lawan still tak boleh , aghhh tension nya :P hee .
actually , aku ni FANATIK KUCING satu ketika dahulu , semasa umur 4 , 5 6 tahun , selepas kejadian kucing "menerkam" aku secara tiba tiba , start dari tu aku dah FOBIA . okay tolong jangan buat aku menjerit . menangis pasal kucing , eiii . lagi lagi budak ngade ( man ) dengan azam ( atuk) eii memang nak kena kan , haaa tak pasal pasal koi nak mention korang kat sini . hahahahaha .
dah dah la :P . serik la , eii . takpe , maybe ONE DAY aku akan BERANI juga pegang , belai kucing macam dulu :") , wait & see la . siap korang ( adui cam konfiden jea kan ) haha . we have try :)
by the way . thanks juga lah sebab usaha buat macam tu untuk BERANI kan aku , tapi dalam masa yang sama mengenakan aku hihihi <3 ( jangan marah )
kucing comel , tapi maaf ( paranoid ) now hee . apakah ? :D .

k adiosaaa
assalamualaikum :)

Friday, June 22, 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA & KAHWIN MUDA ?

kenapa pelik je entri ni , macam nak kahwin je kan hihi , belum lah , tunggu orang datang minang la ni haha :P , ade ke ? opppss . tapi masih dalam proses mempersiapkan diri , diri yang masih muda ni :) banyak lagi nak kena belajar :) alam rumah tangga tak sama dengan alam bercinta , yes ! aku ingat setiap kata kata orang berpengalaman :) tapi kalau dah sampai jodoh aku , aku sedia :) insyaAllah akan jadi isteri yang baik untuk bakal suami :) . dan aku harap dia dapat membantu aku membentuk keluarga bahagia . <3
cehwah hehe , bukan apa , kawan kawan aku kebanyakkan dah kahwin even umur baru 20 :) , ada kahwin start 18 hari tu , cepatnya jodoh korang , tak ku sangka tak ku duga ( aik cam kenal jea huhu ) , ada anak dah , setakat ni ALHAMDULILLAH semua baik baik :) bahagia . aku tumpang gembira , harap kekal hingga akhir hayat dan ke syurga :) insyaAllah . amin ~
kenapa dengan ENTRI aku terima nikahnya .maknanya , terima segalanya , bertanggungjawab ke atas isteri ( ini untuk suami ) , mengambil alih tugas ibu bapa pihak gadis ,  memikul tanggungjawab yang besar dalam membina keluarga , membentuk dan membimbing . :) InsyaAllah jika diberkati ALLAH segalanya baik :) amin .
kahwin muda ? hmm , mungkin ada sebab sebab tertentu , Jodoh dah sampai , mengelakkan daripada tersasar jauh , dikurniakan zuriat awal dan ibu bapa masih muda dan yang sewaktu dengan nya :) .
nak cerita panjang panjang aku bukan kahwin lagi , cuma mungkin beberapa peratus sudah sedia :) hee ( gatal la pulak ) haha . aku harap kebahagiaan akan menjelma , dan nak sangat gembira di samping suami tersayang ( aduyai menjiwang bukan main ) hee . sabar emy sabar hee . ada saat nya nanti :) dalam proses juga mahu dapatkan buku ini . sebagai rujukan di masa HADAPAN kan ? 
well , suka membaca lah katakan huhu ( koya koya ) 






kakak angkat kata best :)
( suami dia hadiahkan) <3




buku ni hari tu nak beli kat Popular
cancel hehe , 
takpe dalam masa 
terdekat ni hehe


saya dah sedia ( sikit)
anda bagaimana ?
hihihi <3



( DOREMON SAYA ! ) hee




tahu kan doraemon ? siapa tak tahu , tak tahu nak cakap lah kan huhu .
okay even umur aku dah 20 an , 20 tahun ( 2012) ni , tapi aku jujur cehwahh HAHAHA , aku memang membesar dengan DOREMON aku ni ! eh suka la kan nak tengok cerita kartun ke ape ke hehee . dari kecik ayah aku dah ajar aku tengok doremon huhu , siap "record" kat "tape" supaya boleh tengok banyak kali huhu sayangkan ayah aku kat aku HAHAHA .
kalau ada doremon dalam dunia ni , alangkah bestnya . dah COMEL , BAIK :) semua yang kita nak dapat ( mustahil la kan ) tapi ada kemungkinan akan berlaku hee , tapi taktahu la , kita hanya boleh buat andaian . tiada yang lebih hebat dari Nya :) .
doremon ? apa ada pada dia eyh ? selain berwarna BIRU , takut tikus , suka makan DORAYAKI :p ,
suka "KUCING" ( awek ) konon hehe . semua la aku suka tentang doremon , eh kesah apa kan , dah suka huhu , lantak la orang nak ejek aku , yang penting aku tetap suka sampai kalau aku dah KAHWIN sekali pun hahaha , kesian bakal HUBBY aku kan hehe . layan karenakh aku yang macam budak kecik ni .
ada jugak la , sesetengah yang panggil aku "DOREMON" adeh , tak sama okay ! HAHA .
dia comel , aku tak , so tak SAMA hahaha :P .
koleksi CD doremon aku boleh dikatakan berlambak jugak la . tapi serius tak jemu tengok walaupun berulang ulang hehehe . paling aku suka doremon cerita pendek pendek :P , tapi kalau cerita "movie" paling suka "OPERASI DI PLANET ZAMU" cerita ni paling best bagi aku , second "NEGARA AWAN" perhhh . memang ni la kalau tengok berjuta kali takkan jemu , tak caya try LAYAN hehe :P
ni kalau ada sorang budak baca , gerenti dia gelak sakan , ish2 , siapakah ? adalah haha :D .
eh kesah ape , memang aku suka hihihi <3 jangan marah .
selain awak :P , cinta hati saya adalah DORAEMON , jangan la cemburu , MADU awak adalah kucing biru yang BULAT dan COMEL ni hihihi . okaylah letih nak tulis , setakat ni je :P

sayang DORAEMON forever & <3 hehe

Thursday, June 21, 2012

Tomyam Ala "saya" simple jea hee

okay , atas permintaan si kawan yang comel :) , cik Farah hee
ni saya bagi awak :) . maafla kalau tak perfect , saya pun masih belajar hee :)

get ready ? go ! :D

bahan bahan
-ayam ( biasala kan hehe )
-saderi
-lobak ( ikut banyak mana awak suka :) )
-kobis "
-bunga kobis "
-kiub tomyam
-daun limau purut ( koyakkan , dalam 2-3 helai pun ok )
- bawang besar ( potong bulat ) , bawang merah boleh + bawang putih pun boleh , tp saya guna bawang besar je , ( ikut suka berapa banyak , boleh agak2 ) ;)

Cara cara
saderi tu potong serong , ( sebatang boleh,separuh boleh tengok berapa orang mkn) :)
lobak , bunga kobis , ayam semua potong ikut citarasa anda :)


1. tumis bawang besar ( naik wangi or warna perang )
2. masukkan air . (sukat banyak mana nak kuah dia )
3. masuk kan kiub tomyam tu .
4. masukkan daun limau purut , tggu sekejap . ( kacau)
5. masukkan ayam , ( boleh agak agak dia masak sikit )
6. masukkan garam ( secukup rasa , kalau yang nak pakai perencah boleh jugak ,tp saya tak hee)
7. masukkan sayur lobak dulu .
8. masukkan kobis, bunga kobis
9. kacau , kalau nak tutup periuk pun boleh , tapi saya tak la . hehe



ni simple by saya , tomyam macam2 cara , tapi ni saya punya , sorry kalau tgk macam tak sama dengan yang lain hee

boleh masuk tomato dan macam macam lagi :) . ikut citarasa awak , selamat mencuba :)

kalau nak yang PRO . tanya yang pakar yea hehehe :P

Wednesday, June 20, 2012

yummy! mee tomyam

nyum nyum , sedapnya la kan Tomyam :) siapa suka tomyam ? angkat laptop , Pc dan sebagainya HAHA :p . senyum pepagi , sangat membuatkan anda awet muda hihi :D , ada kaitan ke ? eh mestilah ada , so senyum selalu :) , eh dah lah ,nak cerita pasal MEE TOMYAM bukan nak merepek ke lain hehe .
okay , menu special , kesukaan saya haha , koya koya , tapi takboleh lawan MAMA masak la hee . MAMA masak takde tandingan nya ,tak kira lah Chef tree ke , chef Ten ke haha :P .
kalau makan , mesti menghirup sampai ke titisan terakhir hahaha , cehwah :D .
sekarang dan pandai la sikit sikit  dari dulu tak pandai pape :P , tapi tomyam biada jea la , tomyam ayam :)
tomyam FULL , masih dalam proses , tapi takpe , at least try kan ? :) .
nanti nak jadi bini orang senang hohoho , (berangan aje kejenya) umur tak besar lagi , berangan kan ? hahaha . (20 tahun 2012) :P . apelah tu pun nak mention , poyo nya aku haha .
okayla , malas pulak nak menulis pepanjang . ni la mee tomyam nya . Nampak Sedap ke Tak ? hihi :)
handmake Hahaha :P

nyum nyum :)

k Adiosaa :)

Sunday, June 17, 2012

tersirat di hati

tiada siapa yang tahu
perasaan terpendam ,
adakah ia dapat 
mentafsirkan,
sesuatu yang terbuku ,
apakah yang TERSIRAT
didalam nya , 
yang benar benar tahu
akan memahami , 
apakah ia , 
mudah untuk Didekati , 
susah untuk Disayangi , 
senang menangis,
senang Gembira ,
lumrah hidup ,
apa yang tersirat , 
yang TAHU KASIH SAYANG
boleh mengetahui Naluri Hati ini .
Pendam mungkin lebih baik ,
dari MELUAHKAN ,
cuba Tersenyum dalam Duka,
Suka bila hati Terluka ,
kenapa ?
entah mengapa 
Cuma ada satu rasa sahaja 
Rasa
SUKA ,
SUKA PADA DIA :) 

Thursday, June 14, 2012

bulan & bintang

cantik sungguh ciptaan ALLAH S.W.T kan , indah sangat , bila kita tengok rasa tenang je hati :)
aku memang suka tengok bulan dengan bintang , kalau rindu seseorang kita boleh nampak cerah je warna dia :) ( eh yeke ? ) andaian sahaja lah , bukan betul pun hehe . cahaya paling terang , cantik sangat bersinar , eh yeke ? hee . apa pun , kalau rasa sedih pilu , selain dari kita berdoa pada ALLAH , kita menikmati ciptaan Nya yang tak dapat di cipta oleh siapa siapa pun , hargai lah ia :) kerana Dia sahajalah memberi kita ketenangan ABADI :) .



sumber dari ( google ) 




saya suka BULAN ,& BINTANG , awak ? :)

Wednesday, June 13, 2012

kenapa aku "kuat" cemburu ?

haishh , perasaan yang dah lama aku nak buang ialah "KUAT  CEMBURU"
tapi apakan daya , manusia biasa yang , tak boleh terlepas dari perasaan itu , patutnya boleh kawal , tapi alhamdulillah , masih boleh :) . tuhla orang kata jangan sayang orang sangat sangat nanti merana kan ?
so ala kadar je :) , tapi serius , saya dia sangat hehe ( degil ) . apa pun thanks kat dia , menyayangiku setulusnya , cehwahh :P .
"awak maafkan saya kuat cemburu " , saya sayang awak tau , tapi jangan risau , saya tahu batas batas nya :)
sebab saya cemburu , awak terlampau Baik dengan saya ( eh ada ke ? ) huuhuhu adelah kan :P
yang penting , ( aku mesti kuat , tabah dan redha dengan setiap ketentuan ) :)
INSYAALLAH :)

Saturday, June 09, 2012

HaTi ?

aku ada hati , kau pun ada hati , jadi jagalah hati itu , berilah pada yang menghargai , bukan pada yang tak sudi . pada hati kita mengadu, pada hati juga kita keliru , keliru membuat pilihan , yang kadang kala tak menentu dan tak pasti adakah ia benar atau sementara .
hanya kita sahaja yang tahu hati kita , menilai seseorang dengan ikhlas nya , hati juga membawa pada bahagia , hati juga bawa kita pada derita  . maka hati kita juga lah memberi kita sinar Bahagia :)
kerana hanya Dia yang tahu apa yang ada dalam hati yang tersirat jauh di sudut pancaindera . :)


Hati 
kau bawa aku kepadanya
kau beri aku cahaya
mengenali dia
memberi dia ruang
dalam hatiku terima 
cinta baru
aku tak bisa menipu
sesungguhnya aku sangat
sayangkan dia ,
tak bisa jauh darinya
rindu dia setiap waktu , 
kau beriku nafas Baru :) 
untuk mencintainya Tanpa
Jemu . 

wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat