CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 26, 2011

cinta fitri 5 SS romantis


haaa ni salah satu yang esya nak share , korang tengok betapa MESRA nya , eiii jeles betul , kalau boleh cepat cepat lah diaorang cepat kahwin kan ? memang best la , sebelum shireen bercinta dengan wisnu ni , dea bercinta dengan adly fairuz , berlakon dalam cinta fitri jugak , lama jugak percintaan dorang , tapi dah putus . now shireen dengan wisnu , fanatik fans dorang panggil dorang WISH :) WISH mean ( wisnushireen) sweet kan ? alahai aku lak lebih lebih , apa apa pun layannn aje :-)
terima kasih . ^^,

Teuku Wisnu & Shireen Sungkar-Cinta Kita



aku minat sangat sangat dengan pasangan CINTA dari INDONESIA ni teuku wisnu & shireen sungkar , sweet sangat tau . mula mula kenal dorang dalam cerita CINTA FITRI , start dari situ aku mula "JATUH CINTA" dengan cerita n kisah cinta meraka , peerhhh , jeles , kalau tengok :P . ni lagu single dorang tajuk CINTA KITA , best kalau layan , & kalau korang nak tengok kemesraan cinta dorang ley search kat YOUTUBE :) . selamat melayan :-)

ku tetap menanti ? ? ?

selamat pagi "buta" semua huhu . haiiyaaa , tak dapat tidur lagi malam ni . hmm apa lagi melayan facebook dan blog la . ( alahai tuh pun nak cerita kan ? ) apa apa je la :P

malam malam macam ni , best layan lagu balad , slow kan ? tiba tiba pula esya teringat lagu NIKITA WILLY yang tajuk lagu dia KUTETAP MENANTI , macam yang ada kat entri atas tuh hee"

best la lirik , melodi dia , :) buatkan esya sedikit mengantuk . thanks NIKITA hahaha :-)

kalau ada yang tak pernah dengar lagi ni link you tube untuk korang dengar . :)
takpun , lagu tuh dah jadi lagu "BLOG ESYA NI " hehe ,
best kan layan ? sapa tak tahu nak layan tuh , tak tahu laa ( haishh jangan main pangkah orang tak baik hee ^^)

tuh je nak share , sebab lagu ni syokkk bangett lorrr :P .
selamat melayan okay ^^,

link YOUTUBE ===> NIKITA WILLY - KU TETAP MENANTI .
http://www.youtube.com/watch?v=_GeMDx0S1xM

sekian terima kasih :-)

ini dia si comel .

nikita willy
sumber dari 
GOOGLE 

^^,

Thursday, November 17, 2011

8 adat dalam bercinta

hai hai , hola hola ^^, salam jumaat >>>>>>> ASSALAMUALAIKUM .
hai semua , apa khabar ?
sebenarnya hari ni nak marah aje kerja saya , tapi hari ni ari baik , jadi simpan marah ni . esok esok pulak hehehe . kat sini esya nak kongsi sikit la tips "CINTA" ramai memang suka kalau TIPS cintan cintun ni kan? :P
bukan lah semua , segelintir kan? hehe . okay tengok tajuk kat atas tuh . "8 adat dalam bercinta "
 kan? ni semua esya tulis kat sini , esya dapat info semua dari pembacaan , saja nak kongsi2 :)

okay kita mula yea


  1. CEMBURU - cemburu itu tandanya sayang ,jadi bukan satu yang luar biasa kan ? biasalah dalam bercinta wujudnya perasaan CEMBURU . ( rilex ok , jangan sampai cemburu buta ) 
  2. BERSELIDIH FAHAM- sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula pasangan bercinta , adakalanya perselisihan lah cara kita untuk lebih mengenali pasangan kita . :)
  3. PERASAAN BOSAN - lama bercinta perasaan bosan itu pasti akan wujud dan kerana itulah perlunya ada variasi dalam perhubungan agar hubungan tidak cepat bosan .
  4. HALANGAN & DUGAAN -dalam bercinta kalau takde halangan dan dugaan bukanlah cinta namanya , jadi jangan takut pada cabaran kerana itu adalah adat dalam bercinta .
  5. MASALAH MENCARI KESERASIAN- di besarkan dalam dunia yang berbeza jadi sudah tentulah sukar untuk mencari keserasian, Jadi adatlah dalam bercinta apabila berhadapan dengan masalah apabila mencari keserasia .
  6. KEHADIRAN ORANG KETIGA - haaa ni paling esya tak suka ( aikk lelebih pulok) hehe . adatlah apabila orang bercinta , akan hadirnya orang ketiga , semua ini adalah dugaan dan kerana itulah perlunya kekuatan untuk melawan kehadiran orang ketiga ini.
  7. SETIAP SAAT PERLU DI LAPORKAN - apabila bercinta setiap saat di rasakan sangat penting dan kerana itulah jika berjauhan sekalipun kamu perlu melaporkan pada si dia apa yang kamu lakukan .
8.BERKONGSI- orang yang di lamun cinta akan berkongsi semuanya bukan sahaja waktu senang malah waktu susah juga. jadi jangan peliklah kalau perkongsian merupakan salah satu adat bercinta . :)

haaa tuhla serba sedikit yang esya nak kongsi kan , ada 8 tau , kena lah tahu , kadang kadang ada yang sama , kadang kadang tak :) . jadi apa apa pun , terpulang pada individu nak CORAK kan hubungan kamu okay ?

sekian terima kasih sudi membaca :)


Tuesday, November 15, 2011

info info yang anda tak tahu ( trivia )

assalamualaikum semua , selamat pagi . sekarang pukul 10.59 a.m waktu esya menulis :P huuu"
semua dah sarapan ? kalau dah bagus la , kalau belum , cepat cepat pergi makan okay ? nanti masuk angin pula perut tuh , takpun akan menghidapi "GASTRIK" macam esya ni , ayoyo pedihh woo hehehe
okay now , esya nak bagi tahu sikit info or (TRIVIA) yang esya pernah baca , sedikit sebanyak kita boleh tahu kan ? okay jomm

^^,


  1. OTAK manusia akan rosak JIKA suhu BADAN meningkat melebihi 41 darjah celsius ? ( esya pernah 43 tau masa demam dulu , ( tak tahu la tuh , kena tanya kepada doktor kalau nak tahu pengesahan nye tau )
  2. Setiap 1 sm persegi KULIT MANUSIA , mengandungi pembuluh darah yang mempunyai kepanjangan hampir 7 meter ? ( esya pun tak berapa pasti , baca aje hehehe )
  3. Najis seekor ayam dalam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup ,menyalakan sebiji lampu berkuasa 100 watt selama lima jam ( wow ! yeke ? tak sure lah hehe )
  4. Menurut kajian , secara purata kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam untuk bercakap .
  5. Jika anda MENJERIT selama 8 tahun . 7 bulan , dan 6 hari,anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi ( wahhh , kalau macam ni , jimat huhu)
  6. Usus kecil seseorang menusia jika dileraikan , panajangnya boleh menjangkau sehingga 4 atau 5 kali ganda ketingian orang itu . 
  7. semut mampu menampung 50 kali berat tubuhnya ( wow! cayalah! hehe )
  8. Lidah ZIRAFAH panjangnya sekitar 50cm ( woooowww!!!)
  9. Seorang lelaki mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil berbanding wanita .
10.Pada tahun 1933,watak ANIMASI MICKEY MOUSE menerima 800,000 surat dari peminat .


itulah serba sedikit yang esya boleh kongsi kan , esya dapat semua ni melalui pembaca MAJALAH REMAJA yang lepas , majalah tuh , banyak bagi info berguna tau . :)

terima kasih sudi membaca ,. nanti kita sambung lagi okay :)

adios ~
assalamualaikum 


from my lovely tedyy 
bucukbanga nama nye 
hehehe





puisi cinta saya

kira malam ku terbayang wajahmu
dalam diriku merasai sangat rindu
tika malam syahdu
ku dengarkan lagu merdu
ku terdengar bisikan suaramu
memanggilku
seperti selalu

aku merinduimu,
setiap saat aku menunggu
tanpa jemu
menunggu kau hadir 
menyeri hidupku

sehari tanpa suara mu
kurasa pilu
cuba untuk menahan sebak sendu
tapi tidak terdaya kerana
badai menerpa hatiku
setiap masa ku menunggumu

tak pernah sekalipun 
aku cuba untuk berpaling kasih
kerana sering rindu bertandang di kalbu.

#hanyaakucintakauseorang

M.S.A



saya suka makan , KFC , PIZZA & MCD huhu

assalamualaikum, hai semua :) . selamat malam , jam menanda kan pukul 7.50 pm kat lappy esya ni .
haaa tengok tajuk pun dah tahu , pasal "MAKAN" esya tahu semua suka makan kan ? hee"
kali ni esya nak cerita pasal MAKANAN RINGAN huhu , semua suka kan ? pasal makanan kegemaran , boleh di katakan semua orang iaitu "KFC , PIZZA HUT & MCD :)

esya memang suka sangat sangat makan :P hehe"
faveret :D lagipun sedap huu" tapi harus waspada makan ni tau . banyak kolestrol , kalori , hati hati , sekali sekala takpe :)

haa apa faveret korang bila makan "KFC"? kalau esya "CHEESY WEDGES" lahh huhu sedap kan ? sampai menjilat jari "TANGAN" hee "

kalau pizza , mesti la "PIZZA" nya , lagi lagi chicken sumpreme , banyak banyak chesse lagi beet hehe :) .

MCD , terkenal dengan " BURGER" nya kan ? memang terbaik la suka suka hee "


ni esya nak share gambar gambar makanan kegemaran esya hehehe


kfc huhu yummy :)



pizza aaauuummm hehehe 




sedapppnyeee heehe 




MCD lorrr hee"



my feveret chessy wedges yummmyyy!! hehe



tulah makanan nya sedap kan ? makan tuh boleh tapi jangan selalu , nnt boleh "GEMUK" heheh
apa apa pun , selamat menjamu selera wahai ahli "BLOGGER" 

^^,

ADIOSSS . 




Monday, November 14, 2011

tahukah kamu!!? lelaki & bulan kelahirannya

hai semua selamat pagi , jam dekat lappy esya menandakan 11.06am :) huuuu"
apa khabar ? sehat ke tak ? harap harap semua sehat yea ^^,

ni esya nak kongsi tentang "ZODIAK" hehe , terumanya untuk "LELAKI" :) saja saja nak share apa yang 
esya tahu .

okay jom :-)


JANUARI
: mudah jatuh cinta: 
"wow! senang eyh jatuh cinta eyh korang huhu"


FEBUARI
:bercita cita tinggi untuk mengejar mimpi:
"wahh bagus bagus :) teruskan usaha ok?"

MAC
"soal setia dialah juara"
"untungnya dapat lelaki lahir bulan "mac" ni setia tuhh"

APRIL 
:tidak pernah menghampakan:
"untunglah dia tak hampakan korang :p"

MEI
:suka merancang dan mengatur kehidupan kekasih:
"ooppsss fikir lah sendiri yaaa"

JUN
:seleranya tinggi:
"haaa mesti nak yang "HOTSTUFF" ni huhu"

JULAI
:pendengar yang baik:
"suka suka :)"

OGOS
:bijak dan menyenangkan:
"wah2 , bagus hehehe "

SEPTEMBER
:bukan sebarangan memilih wanita:
"owww sukanya huhuhu"

OKTOBER 
:mempunyai bakat menjadi ahli nujum:
"ohhyeke ? bahaya jugak ni huhu"

NOVEMBER
: sentiasa bersemangat:
"baguslah kalau ada sikap macam ni hee"

DISEMBER 
:pandai menghiburkan orang orang di sekelilingnya:
"suka orang pandai buat lawak la huhu"




haaa . tuh semua makna makna ZODIAK :) khas untuk lelaki tau ,
tapi kalau perempuan nak jugak boleh la , tapi MAIN lelaki okay :)
itu jelah esya nak share kat korang untuk saat ni hheehehe
tengok saat lain pula yeaa

okay .
salam
daaaa ~ 



Friday, November 11, 2011

info berguna . ( TUMIT PECAH ? )

haaa , tengok tajuk dah tahu kan ? tapi mesti tertanya tanya kenapa ? mengapa kan ? :-)
ni nak bagi tahu ni , bak kata orang putih "SHARING IS CARING KAN?" hehe .
tumit pecah , cegah sebelum terlambat okay?

besar punya esya bagi . ^^ huhu okay okay . lets starh dear . terutamanya perempuan la kan ?



  1. kasut : beli kasut mesti kena dengan kaki ( maksudnya beli yang sesuai dengan saiz kaki kamu okay ? kasut terlebih kecik ke , terlebih besar ke akan membuatkan kulit kaki melecet serta mudah pecah 
  2. Gunakan kasut secara bertukar - ganti : pastikan setiap hari kamu pakai kasut berlainan ok ? kalau guna kasut yang sama , boleh menyebabkan lapisan kulit kaki kamu pecah pecah ( tak cantik lah kan ) si jaga kaki okay ^^, . okay contoh , bila hari ni korg pakai kasut tumit tinggi seharian . maka keesokan harinya adalah lebih baik korg pakai kasut dengan permukaan rata :) 
  3. Selamat tinggal daki ! : haaa . rajin rajinlah korang melakukan pengelupasan daki pada kaki korang :) . gunakan batu sungai untuk menggosok kaki. Gosok dengan gerakan memutar dan membentuk lingkaran kecil pada kulit kaki terutamanya pada tumit . kemudian jangan lupa untuk menyapukan losen bagi menghalus kan lagi kulit kaki , jika lakukan sebagai rutin , maka kulit kaki korang akan menjadi lebih lembut dan cantik :-) 


kaki adalah antara bahagian sering diabaikan penjagaanya ,jadi buat si gadis di luar sana segeralah mengambil langkah berikut sekiranya tidak ingin kaki korang menjadi tempat tinggal kulat dan sebagainya ! 

^^, 

hari first kerja 11,11,11

assalamualaikum . hai semua pembaca , or blogger sekalian , selamat malam+pagi ^^,
okay , masa esya tulis ni , dah 12.12.2011 dah heheehe . but nak cerita pasal 11.11.11 . haa . ramai sangat kan update status kat FACEBOOK ,TWEETER dan banyak lagi la , pasal 11.11.11 ni . apa yang istimewa eyh ? hehe . terpulang pada individu itu sendiri , apa apa pun hak diorang la nak cakap apa yang penting "KITA buat HAL KITA SAHAJA" dah cukup kan ? hehehehe

kat sini nak cerita pasal hari first kerja ^^, . saja cari pengalaman :-) . kedai or gerai la di panggil :P
ICE BLENDED + WAFFLE :) . haaa . kerja ni esya & my lovely adik yang kerja . esya MAIN waffle . eka pulak MAIN ice ^^, so bahagi kerja senang ^^, . letih + okay jugak la kerja tuh . tapi best jugak la . dapat "PITIH" hohoho . yelah . apa apa pun pengalaman kan ? macam macam dah pernah try kerja . jadi macam LIFE jugak , cuma banyak kali "FAILED" HAHAHA :p paham paham la kan ?

"TOKEY"  baik , okay , sporting ^^, senang bagi tunjuk ajar , ALHAMDULLILAH . bersyukur :)
tapi tuhla , kerja ni mungkin tak lama . dalam sebulan , lepas ni nak sambung belajar pulak tak pun kerja luar area " PAHANG"  move moving :P ( PEROSAK BAHASA BETUL AKU NI} HUHU
apa apa pun , experience is the best life ^^, wah wah ,bila pulak aku ada prinsip sendiri ni HUAHUA .

apa apa pun buat semua , kerjaSAMBILAN ni tak salah , kalau kita boleh bahagi waktu ( PADA YANG TENGAH SEKOLAH )
kalau yang TENGAH BELAJAR KAT UNIVERSITI pulak , pandai pandai la buat jadual ^^,
biasa buat kerja "part time" ni nak tambah duit poket kan ? nak jugak "SHOPPING" guna "PITIH DIRI DOP?" heheheh .

motifnya . hari ni . penat + letih ( aikkk sama lah tuh ) huhu

tapi mata tak mau lelap lelap jugak ( apa daaa ) HAHA

okay lah , sampai sini dulu :-) thanks sudi baca benda mengarut ni *&^%$#@! hehehe

pecah kaca
pecah gelas
sudah baca
harap balas ( fulamak teringat patun time cinta monyet dulu ) HAHAHAHA

k ASSALAMUALAIKUM .

Wednesday, November 09, 2011

orang kata

orang selalu suka salah kan orang lain ? macam pepatah . "kuman diseberang laut nampak gajah di depan mata tak nampak" macam tu la orang yang aku kenal . nak cerita pasal sakit hati nya . ALLAH sahaja yang tahu . walaupun semua penting kan darjat . tapi tetap HAMBA ALLAH juga . bukan nak mengutuk . cuma sakit hati .bila asyik di tindas . macam tak de benda lain ke nak buat , dari DENGKI KAN ORANG ? tak paham aku . hmm . apa apa pun semua kuasa ALLAH . yang baik dariNya . yang jahat dari DIRI SENDIRI kan ? so , sebagai sesama manusia . harus lah ada sikap hormat menghormati . ni tak . aduyai . tak tahu nak cakap macam mana . malas nak kutuk kutuk . tapi tahla . luahan rasa . sapa yang tahu , hanya kita . bukan UMUM . tapi segelintir yang tak tahu hargai orang lain , sedangkan orang tu tak pernah susah kan hidup dia pun , dia yang susah kan . HIDUP dia sendiri ( SENDIRI MAHU INGAT LA DEII )

#marah
#geram
#sakit hati !

malam cinta

                    
kira malam ku sayu
diselubungi angin malam yang mendingin
membaluti tubuh yang kian kaku
terasa hembusan bayu
menyingsin di pipi
aku terasa embun cinta
meresap ke jiwa
membawa aku pada lena asmaranu

malam cinta....
mewarnai hidupku 
yang kian malap
kian pudar warna indah
aku sedih pabila tiada sesiapa disisi
aku cuba untuk kuat
kuat menjadi insan yang hebat

malam cinta...
aku berjumpa dengan sang putera
yang sangat mulia bertutur berbicara
santun luhur nya tak terkata
sangat mengoda 
menasihatiku pabila ku lemah
longlai tanpa kata

air mata yang jatuh 
di sapu dengan kata kata
semangat
membangkit kan aku
untuk lebih kuat
aku bertuah mengenalinya
pada malam cinta


 nukilan ameenatulaeesya 


achik dan nana

assalamualaikum semua . selamat petang :) . jam sekarang menanda kan telah masuk pukul 5.23 p.m jam lappy saya la ^^, harap harap semua sehat yea
kalau tak sehat tuh jangan lupa pulak makan ubat eyh
jangan malas malas makan ubat nanti lambat sembuh . :)
itulah pesanan saya ^^,

cerita pasal ENTRI saya ni . tiba tiba pulak teringat artis kesayangan saya yang telah kembali ke rahmatullah pada 17.4.2010 dahulu , iaitu ARWAN ACHIK SPIN . suka sangat sangat dengan arwah , beliau tiada galang gantinya . semua lagu lagu arwah sentiasa terpahat dalam ingatan .
sama juga dengan pasangan duet nya , yang tak asing lagi kalau bukan akak "SITI NORDIANA" memang sinonim kan ? kalau arwah nak ber"DUET" mesti dengan NANA ^^, kombinasi yang paling saya suka sangat sangat . tapi . semua tuh dah 'TIADA" cuma semangat dan kenangan yang di tinggalkan .

AL FATIHAH untuk arwah ACHIK .


lagu lagu kesukaan saya banyak . tapi yang paling tak boleh lupa , dan miss . mesti lagu



  1. UTUSAN RINDU
  2. DIMANA JANJIMU DULU
  3. MENGUSUNG RINDU
  4. KEMARAU MELANDA RINDU 
  5. JANJI KITA   

tu lagu paling minat gila gila la . tapi lagu lain TERBAIK juga ^^,

KALAU LAGU DUET pula 

  1. MEMORI BERKASIH
  2. BENANG EMAS 
  3. RESEPI BERKASIH
  4. GURAUAN BERKASIH
  5. CINTA SEBENAR CINTA
  6. SETIA MENANTI
  7. TATASURIA 
  8. ADAT BERKASIH
BANYAK lagi . tapi tu je la nak share , :) hee"

diorang menjadi sumber inspirasi saya , kira idola dalam "BIDANG SENI" selain daripada artis lain , kerana saya tahu diaorang memang serba boleh . suara yang lunak merdu , tiada siapa dapat "LAWAN" cehhwah
JANGAN MARAH TAU YANG LAIN  HEE"

apa apa pun . KAU LAH BINTANG KU . 

ABDILLAH MURAD ( ACHIK SPIN ) & SITI NORDIANA ( NANA)


tu jela . lain kali , sambung dengan ENTRI yang lain pula okay ? 
thanyouuu sudi MEMBACA




             

adios :) ASSALAMUALAIKUM . 

Thursday, November 03, 2011

berjaya times square hee" + theme park .

assalamualaikum semua . hai hai . selamat malam , eh eh , dah pagi la . now jam suda pukul 2.48 am lor hehhee . ( 4.11.2011) . adakah semua sudah tidur ?  lama tak post kan ? saja saja nak update . tiba tiba esya nak share pengalaman dan dalam masa yang sama nak 'promot' lah hehehe . apa yang tertera pada tajuk , entri , title di atsa tuh hehehehe .

                                      "BERJAYA TIMES SQUARE KUALA LUMPUR"
                                                               THEME PARK
dengar pun macam best kan ? ^^, memang best pun , kalau yang duduk KL . mesti lah tahu kan ? tapi yang pasti semua orang dah tahu hehe , kalau yang tak tahu lagi , ni yang esya nak share dengan kamu semua :) . "KESERONOKAN" bila berada dalam TAMAN TEMA YANG BERKONSEPKAN ALAM FANTASI ni . mesti kamu semua sangat sangat teruja . kalau kanak kanak lagi la kan , dengan WARNA WARNI nya . fuhhh .memang rasa tak nak balik hee" .

theme park ini . menyediakan PELBAGAI PERMAINAN yang akan membuatkan anda semua tak kan jemu :) .

sesuai juga di buat sebagai LOKASI ' LEPAK ' korang hehe . taman tema ini berkeluasan 133,000 kaki persegi tau ! besar kan ? luas lagi tuh . kalau jalan , mesti penat hehe , tapi penat boleh hilang dengan keseronokan hehehe .

di sini memampilkan 6 permainan HEBAT . dan juga menduga keberanian setiap pengunjung :) haaa suspen kan ? kalau yang tak cuba lagi , mesti cuba ! WAJIB !


  1. SUPERSONIC ODYSSEY
  2. DNA Mixer 
  3. SPINNING ORBIT
  4. OOORT'S EXPRESS
  5. SPACE ATTACK 
  6. DIZZY IZZY                                   
HAAA . dengar pun macam best kan ? hakikat nya memang best , :)
okay game SUPERSONIC ODYSSEY ni iaitu ROLLER COASTER , yang bergerak pantas mengelilingi segenap ruang taman tema ini . wooaaa . BEST KAN ? putaran yang laju . kalau yang rasa rasa BERANI , boleh cuba okay ? ^^,

dan kamu akan dapat rasai kuasa DNA mixer , mesti tak kan dapat lupa kan lah TERBAAEKKK 
!!!

nak la LAGI EXTREM ? boleh cuba SPINNING ORBIT , yang akan membawa anda naik setinggi 30 meter ke udara kemudian berpusing terbalik dan pastinya memang BEST :) 

OOORT'S EXPRESS 
pula , ia berputar sehingga kamu semua berpaut erat antara satu sama lain , cehwaahh . 

SPACE ATTACK . pula akan membuatkan menjerit tanpa henti ;) woooaaa best hehe

DIZZY IZZY
memberikan erti sebenar mengapa anda datang ke theme park ini .

DI SINI SAYA SERTAKAN GAMBAR GAMBAR di dalam THEME PARK BERJAYA TIMES SQUARE ^^,

SELAMAT MEN"USHA"





tengok best kan ? hehehe .

sebenarnya ada lagi , tapi maaf , line tidak mengizinkan , dan mungkin saiz gambar saya tak melepasi syarat syarat blog hehehe . kalau tidak banyak lagi gambar yang saya akn tunjuk kan , contoh nya gambar SPINNING ORBIT , SPACE ATTACK dan semua la , maaf sangat sangat semua . kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah lawat sendiri WEB mereka , anda akan lebih tahu info info , harga masuk , dan pelbagai lagi 
sila klik di sini :)

berjaya times square theme park

selamat bercuti + melepak hehehe . 

wishlist :-)

Bahagia Dunia Dan Akhirat